Wednesday 4 January 2012

Episod #6 Siri Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"

"Abang. Sedar tak apa yang abang cakap ni kat ..saya?" Haris menggenggam jari-jemarinya dan meletakkan kedua-dua siku di atas meja mendekatkan badannya sedikit bertentangan dengan Asyraff.


"Sedar, abang sedar apa yang abang cakap..dan abang nak kamu Haris..will you be mine?"


   Mereka bertentang mata seketika sehinggalah Haris melarikan pandangannya ke kebawah.


"Eh!..kita tak makan lagi kek ni.." Asyraff menembusi suasana senyap seketika itu.
   "Ye tak ye..lapar ni. Emm..Black Forest ni feveret Haris ar..memang suke dari dulu.."
"Ye ke? Tak pe, every weekend nanti, abang bawa belanja makan kek lagi"
   "Thanks..tapi malulah saya..abang asyik nak belanja lak.."
"Takpelah,..dah jadi my responsibility jugak nak spend time dan kenalah belanja..partner abang"


   Haris Zalman terasa degupan hatinya semakin reda dengan percakapan Asyraff. Ya. Dia akui  memang sudah mula ada perasaan yang selesa ketika bertemu dengan Asyraff Joe Arfaz. Haris tetap bersyukur yang pemuda ini sanggup bertemu dan berkenalan dengannya walau hanya dengan sekali chat sahaja pada malam itu. Adakah ini suatu permulaan? Patutkah Haris bersyukur? Dia mempersoalkan hatinya.


"Abang memang dah lama nak ada boyfriend, Ris. Gambar kamu di paparan YM tu, fuh..macho. Abang suke"
   "Haha..gambar lama dah."
"Tapi abang lebih suke tengok kamu in realiti. Lagi hensem orangnya. Abang bersyukur dapat berjumpa kamu."
   Haris tersenyum malu lagi. 
"Haris Zalman,..sudi kah kamu menjadi pasangan abang?"
   "Abang.."
"Atau kamu..ada orang lain ..?"
   "Ish. Takdelah. Saya jenis jarang keluar bilik. Asyik duk kolej tu aje kalau bukan gi kuliah."
"Bagus. Kalau macam tu, jumpa abang saja mulai sekarang ok? Abang leh ambik dan antar gi kelas gak."
   "Betulke abang nak saya jadi ...boyfriend abang?"
Asyraf tersenyum lebar mendengarkan soalan tesebut. Haris Zalman telah mula terbuka hatinya menerima Asyraff. 


"100% lebih dari itu lagi ..sayang"


    Haris tersenyum membalas ayat Asyraff. Sayang telah diucapkan. Mata mereka bertentang. Masa seperti terhenti pada ketika itu. Debaran hati Haris Zalman dipenuhi kegembiraan. Dia telah bertemu dengan jejaka yang ingin menjadikannya teman hati. Asyraff Joe Arfaz telah melamar Haris Zalman. Seperti pasangan yang lain, mereka dilanda perasaan yang indah tatkala pasangan masing-masing bersetuju ingin membuka lembaran baru dalam dunia kasih. Cinta. Itulah yang Haris cari selama ini untuk mengubati kesepiannya. Selubung kesunyian itu beransur hilang. Di sudut hati Haris, menjelma satu bayangan. Semakin terang. Wajahnya kelihatan kacak. Tangan pemuda itu terbuka luas. Haris tahu apa yang diperkatakan dan dimahukan oleh perasaan dan naluri lelakinya. Bayangan itu adalah Asyraff Joe Arfaz.


"Eh! Abang..dah lewat ar. Haris kena balik kolej. Nak Maghrib dah pun." Haris tersedar dari lamunan.
  "Ok. Kita balik sekarang ek sayang. Biar abang hantarkan ok. Mulai hari ini, detik ini,..Haris Zalman adalah...milik Ayraff Joe Arfaz."


   Haris merasa, kali ini, senyuman itu lahir dari dalam sanubari lelakinya.













6 comments:

  1. best2..... aku terfeel lak pulak jadi haris

    ReplyDelete
  2. nice one bro... keep it up... huhu ni mesti dah buat awal2... hehe.. apa2 pon goodluck k?

    ReplyDelete
  3. Haiyooo....
    Promise me...update citer ni tetiap hari...

    ReplyDelete
  4. 1,000,000 rakyat Malaysia mendesak agar AkuLelakiBerotot menghentikan penulisan-penulisan yang bersifat songsang ini sebelum dibinasakan oleh Tuhan.

    ReplyDelete
  5. Walau badan berotot dan sesasa mana sekalipun, jika tidak beramal dengan hukum Tuhan, pasti akan binasa!

    Biarkan Ajaran Tuhan Bersamamu (dan aku) Bro!

    ReplyDelete
  6. Anonymous: Terima kasih atas nasihat. Premis ini aku yang punya dan Dia pun tahu kenapa aku tulis

    ReplyDelete