Saturday, 31 December 2011

Episod #2 Siri "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"

  "Dia nak jumpa aku ngaper..ish." Desik hati Haris.

   Sejak dari dalam bas kampus lagi, dia asyik memikirkan gerangan bro2278. Siapakah dia dan kenapa nak jumpa menjadi tanda tanya pada hatinya. Seorang yang pemalu dan penakut, Haris Zalman bukanlah arif dalam bab-bab berjumpa orang. Di dalam kuliah, dia hanya rapat dengan teman seassignment dan mereka jugalah teman makannya di kafeteria. Haris bertambah runsing pula memikirkan. Jiwanya gusar. Seperti ada sesuatu yang bakal terjadi padanya pada pukul 4 petang nanti. Seperti waktu keramat pula baginya.


   Jejaka YM itu ingin berjumpa denganya di hadapan kolej 5 tempat kediaman Haris. Sungguhpun tidak banyak yang mengenali Haris di kolej itu, dia berasa agak takut untuk bertemu jejaka itu lebih-lebih lagi di perkarangan kolej yang merupakan tempat letak kereta pelajar dan ramai berkumpul disitu pada bila-bila masa. Boleh jadi jejaka itu tersilap orang dan mungkin juga a serial killer.


"Ah! usahlah difikirkan..aku nak study ni..banyak nak kena baca lagi" Ujar hati Haris menenangkan.


   Tingkat 2 meja belajar kedua dari belakang menjadi tempat kegemaran Haris menelaah. Sunyi dan sepi. Kosong.Tiada bunyi kedengaran melainkan bunyi tapak kasut pengunjung-pungunjung yang lalu-lalang selang beberapa meja di hadapan meja belajarnya. Disitulah, dia sering duduk ditemani buku rujukan Psychology of Language dan nota kuliahnya. Kadang-kadang, dia khayal melihat ke luar tingkap dek kepenatan membaca dan disitulah fikirannya melayang memikirkan soal hatinya. Soal jiwa lelakinya. Naluri dan perasaan lelakinya. Jauh di sudut raganya, dia berbisik..


"Aku ingin bercinta lagi..aku mahu."
   


  

Friday, 30 December 2011

Episod #1 Siri "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"

   Haris terjaga dengan bunyi deringan alarm pada telefon bimbitnya. Dia bingkas bangun dan mengusap-usap rambutnya. Kedengaran azan Subuh memanggil. Di luar tingkap bilik single yang didiami kelihatan kian terang. Komputer ribanya masih on. Dia teringat jejaka yang di tambah sebagai kawan baru dalam YMnya.


        "..em siapalah dia tu" Detik hatinya.
        "Ah, mungkin orang saja nak main-main kot.."


   Dia melupakan jejaka itu dari ingatannya lalu, bergegas keluar dengan tuala mandi, ke bilik air di hujung koridor. Suasana sepi. penghuni-penghuni yang lain masih lena. Haris kemudiannya mandi dan berwuduk sebelum kembali ke bilik.


   Setelah selesai melafazkan doa padaNya, dia kembali teringat akan jejaka yang menyapanya semalam. Haris cuba menepis persoalan siapakah gerangan lelaki itu tetapi ada sesuatu di hatinya yang kian memfokus pada identiti tersebut. Hatinya tetiba berdetik curiga ingin mengetahuinya. bro2278, membuatkan keningnya berkerut.


        "Kenapa aku ingat lagi ni..aku tak kenallah dia.."Kata Haris pada dirinya.


   Haris berdiri dan menatap kembali komputer ribanya yang masih terpasang. Dilihatnya, window YM masih berfungsi. Ada lagi satu mesej daripada dia..bro2278.


        "Ish..siapa nih..?Hmm..malaslah nak layan.."Haris membaca mesej identiti tersebut
        "dah tido? Abang nak jumpa boleh? hari ni kul 4 depan kol-Haa!!Nak jumpa aku?!"

"Biarkan Aku Menyayangimu, Bro" Satu Prelude

bro2278:   BUZZ
hARIS:      yup
bro2278:   watpe
hARIS:      tgh study 
bro2278:   kat ne
hARIS:      bilik ar
bro2278:   Kolej baper
hARIS:      emm banyaknye tanye..nak ape..
bro2278:   janganlah majuk..abang nk tau aje..sb abg duk kolej gak
hARIS:      Kolej 5
bro2278:   Eh..dekat ar. abg kolej 7
hARIS:      So?..nak ape
bro2278:   AWAK..leh?

Laman sesawang Yahoo Messenger itu menjadi titik permulaan untuk pertemuan jejaka bro2278 dengan teraju utama cerita ini iaitu Haris. Seorang pelajar universiti terkemuka tempatan yang menginap di kolej dalam tahun 2. Haris bakal mengharungi kisah kasih diantara dua jejaka dalam dunianya. bro2278 merupakan seorang pelajar senior tahun 4 dalam jurusan kejuruteraan. Manakala Haris Zalman bin Hj Ahmad baru sahaja melangkah ke semester 3nya di Fakulti Bahasa Moden universiti. 

Haris, tidak mengenali jejaka di paparan window YM pada skrin komputer riba Toshibanya. Sedang, dia membaca nota kuliah, paparan friend request muncul daripada id bro2278. Dia tidak mengenali identity tersebutButang penerimaan di klik.. maka bermulalah suatu kisah antara dua lelaki yang dahagakan kasih sayang berlaku..