"Dia nak jumpa aku ngaper..ish." Desik hati Haris.
Sejak dari dalam bas kampus lagi, dia asyik memikirkan gerangan bro2278. Siapakah dia dan kenapa nak jumpa menjadi tanda tanya pada hatinya. Seorang yang pemalu dan penakut, Haris Zalman bukanlah arif dalam bab-bab berjumpa orang. Di dalam kuliah, dia hanya rapat dengan teman seassignment dan mereka jugalah teman makannya di kafeteria. Haris bertambah runsing pula memikirkan. Jiwanya gusar. Seperti ada sesuatu yang bakal terjadi padanya pada pukul 4 petang nanti. Seperti waktu keramat pula baginya.
Jejaka YM itu ingin berjumpa denganya di hadapan kolej 5 tempat kediaman Haris. Sungguhpun tidak banyak yang mengenali Haris di kolej itu, dia berasa agak takut untuk bertemu jejaka itu lebih-lebih lagi di perkarangan kolej yang merupakan tempat letak kereta pelajar dan ramai berkumpul disitu pada bila-bila masa. Boleh jadi jejaka itu tersilap orang dan mungkin juga a serial killer.
"Ah! usahlah difikirkan..aku nak study ni..banyak nak kena baca lagi" Ujar hati Haris menenangkan.
Tingkat 2 meja belajar kedua dari belakang menjadi tempat kegemaran Haris menelaah. Sunyi dan sepi. Kosong.Tiada bunyi kedengaran melainkan bunyi tapak kasut pengunjung-pungunjung yang lalu-lalang selang beberapa meja di hadapan meja belajarnya. Disitulah, dia sering duduk ditemani buku rujukan Psychology of Language dan nota kuliahnya. Kadang-kadang, dia khayal melihat ke luar tingkap dek kepenatan membaca dan disitulah fikirannya melayang memikirkan soal hatinya. Soal jiwa lelakinya. Naluri dan perasaan lelakinya. Jauh di sudut raganya, dia berbisik..
"Aku ingin bercinta lagi..aku mahu."
teruskan lagi bro...makin menarik...
ReplyDeletenice..
ReplyDeletekenangan duk ostel mmg sronok kan..
Teringat masa duduk hostel....
ReplyDelete-haris-