Hari berganti hari. Perasaan kasih terhadap Asyraff semakin kuat. Haris Zalman bersyukur kerana ada Asyraff Joe Arfaz di sisinya. Setiap malam Asyraff akan menghubungi Haris dan berbual dengannya. Tidak lupa, Asyraff akan sentiasa bertanya akan keadaan dan akitiviti seharian kekasih barunya itu. Asyraff memang menyayangi diri Haris Zalman. Terasa kehidupan sebagai pelajar universiti amat lengkap bagi Haris dengan kehadiran Asyraff. Haris juga betul-betul merasakan perhatian yang ditunjukkan oleh Asyraff dan dia amat menghargainya. Dunianya berubah. Dia menjadi semakin positif dan tidak menangis lagi di malam sepi. Terasa kepiluan itu telah beransur pudar. Gambar-gambar Asyraff penuh di dalam picture folder di dalam telefon bimbitnya. Begitu juga dengan Asyraff. Dia sering meminta gambar kekasihnya menerusi mms. Gambar Haris yang paling disukainya ialah gambar yang digunakan untuk paparan id YM. Haris yang sedang membaca nota untuk peperiksaan menerima pesanan ringkas daripada kekasihnya itu menerusi messenger windownya. Dia ingin bertemu dengan Haris lagi untuk mengajaknya keluar.
bro2278 : Hai sayang. Study ke?
hARIS : hai bang..Yup..tengah baca2 sikit ni..abang wat per?
bro2278 : Baru siapkan final paper.
hARIS : Oh k. Tak lama g exam..abang ada berapa paper
bro2278 : Semester ni abg ambik 2 paper aje sayang...emmm..sayang jom?
hARIS : Apa dia bang?
bro2278 : Jom g tengok wayang nak?
hARIS : Sekarang ke
bro2278 : Kalau boleh? Sayang bersiap k..abang datang ambik kul 5 kang.
hARIS : emm..ok.Haris gi siap2 jap..
bro2278 : Ok sayang..I LOVE YOU.
hARIS : LUV U 2 bang
Paparan messenger window itu di tutup. Haris pun bersiap. Dia sempat pergi mandi sekejap untuk menyegarkan lagi diri. Dia memakai sepasang seluar khakis dan baju lengan panjang putih berimejkan jenama Converse. Dia menyembur sedikit cologne dan minyak wangi Dunhil yang baru dibeli bulan lepas. Dia suka haruman itu. Wangian lelaki yang menggoda. Maskulin rasanya. Di dalam hatinya, dia berharap wangian itu akan disukai oleh kekasihnya.
Asyraff Joe Arfaz telah pun siap berpakaian. Memakai seluar jeans kelabu dengan dipadankan dengan kemeja body fit hitam dan jaket leathernya. Segak penampilannya. Dia juga mengenakan haruman lelaki Giorgio Armani yang amat disukai. Ingin kelihatan macho tatkala berjumpa dengan kekasihnya itu. Asyraff berasa lega dengan adanya Haris Zalman yang sudi menjadi teman lelaki istimewanya. Sudah lama dia tidak berperasaan sebegini. Ada date malam ni. Dia harus menampilkan yang terbaik. Helmet dicapai dan laptop ditutup, Asyraff segera keluar bertemu dengan kekasih hati. Dia berasa amat gembira.
Kawasaki Ninja hitam itu berhenti di hadapan blok E kolej kediaman Haris Zalman. Dia sudah pun menunggu Asyraff di situ. Senyuman lebar di berikan apabila Asyraff menghulurkan helmet pada buah hatinya.
"Hai sayang..Jom dah sedia dah?"
"Dah bang,..jom"
Motor itu meninggalkan perkarangan kolej dan seterusnya keluar dari pintu gerbang utama universiti. Asyraff terasa pautan lengan Haris pada abdomennya. Dia tersenyum di hati.
"Pegang kuat-kuat Ris..Abang laju sikit nih"
"Ok..tapi janganlah laju sangat bang...takut!" Haris meinggikan suara sikit di sebalik helmet itu agar didengari oleh Asyraff.
Mereka tiba di satu shopping complex terkemuka di Kuala Lumpur. Asyraff dan Haris pun naik ke tingkat teratas untuk meihat filem apakah yang bakal dipertontonkan pada ketika itu.
"Kita tengok movie yang awal sikit sayang..jadi ada masa nak lepak lepas tu" Kata Asyraff
"Ok..sayang ikut je bang.,tak kisah ar."
Movie yang di pilih merupakan sebuah action thriller yang baru di tayangkan dalam minggu tersebut. Asyraff dan Haris menghabiskan masa sejam setengah di dalam panggung wayang itu. Ada ketikanya, Asyraff akan menoleh ke wajah Haris yang sedang menonton filem itu dan membisik ke telinganya,
"I love you sayang.."
Ada masanya, dia akan mencapai tapak tangan Haris Zalman dan menggenggam erat di sebalik jaket kulit yang dipakai. Pada ketika itu, mereka duduk bersebalahan di aras tempat duduk paling atas dan kelihatan tidak banyak penonton yang ada. Ada ketikanya, Asyraff menoleh lagi memuji buah hatinya,
"Wanginya kekasih abang.."
Paling diingati Haris Zalman ialah pada saat-saat hero filem itu menyelamatkan si gadis dan memeluknya dengan memberikan pautan bibir yang panjang dan pada saat itu jugalah Haris dan Asyraff menoleh berpandangan antara satu sama lain lalu bertentang mata. Haris mengukir suatu senyuman manis dan tanpa diduga, Asyraff Joe Arfaz mendekatkan wajahnya pada Haris lalu melekatkan satu ciuman ringkas pada bibir Haris. Haris sempat memejamkan mata merasi ciuman Asyraff itu. Kekasihnya itu tersipu malu. Didapati penonton-penonton yang lain tidak menyedari dan Haris berkata,
"Abang ni..sempat lagi ar.." Asyraff tergelak kecil.
makin mesra... hmmm.. miss him already.. tq bro :D
ReplyDeleteWowowowow...best2......
ReplyDeletehuhu..sedappp..
ReplyDelete