Monday, 9 January 2012

Episod #10 Siri "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"

   Haris Zalman masih terasa ciuman itu. Dia cuba untuk fokus terhadap kompilasi nota-nota kuliahnya. Apa yang berlaku dalam bilik Asyraff tadi adalah satu sejarah baru yang tertulis. Dia menyintai Haris. Lafaz telah diberikan. Asyraff telah menghantarnya balik ke kolej selepas mereka makan tengah hari di kafeteria kolej Asyraff. Haris teringat perbualan mereka seketika.


...


"Sayang?..ok ke?" Asyraff bertanya pada Haris yang dari tadi tunduk sahaja membisu dengan suapan mee goreng yang perlahan.
   "Ok.."
"Emm..macam ada yang tak kena aje..kalau pasal tadi, sorry sangat-sangat sayang..please..sayangg?" Asyraff memperlahankan nada suaranya di dalam kafeteria itu yang agak penuh dengan pelajar.
   "Saya ok je bang..cuma.."
"Apa dia?..cakaplah..abang sorry lagi sekali..abang too abrupt tadi.."
   Haris berhenti menyuap mee goreng tersebut dan meletakkan sudu dan garpunya di atas pinggan.
"Jangan mainkan perasaan saya bang...saya dah pernah luka dulu dan saya cuba nak atasinya..saya takut abang akan lukakan saya.."
"Haris, abang dah tekad dan berazam nak jaga hubungan ni. Lantaklah apa yang sayang nak kata..orang kata ke..peduli apa..yang abang tahu..abang nak Haris ..I want you..in my life.." Asyraff menjelaskan dengan nada yang agak tegas tapi terkawal. Haris sedikit terkejut. Asyraff melihat di sekeliling, memastikan tiada pelajar lain yang menyedari akan reaksinya. Selepas itu, dia meletakkan tangan kanannya di dada dan menyambung dengan tegas.


"I want you ..here..." Genggaman buku lali Asyraff di letakkan di dada. Asyraff memandang wajah Haris sebelum menyambung ayat.
"In my heart my love..kau kekasihku ar.." Nadanya tegas tetapi ada kelembutan dan keinginan untuk Haris mempercayai kata-katanya.Wajah Asyraff serius dan yakin.


...


      Haris tersentak dari lamunan. Dia sangat sentimental. Kisah lama sukar untuk di lupakan. Nota kuliah nya masih tidak tersusun. Dia merapikan semula.
"Aku perlu menerima cintanya..sebab aku..aku mahu dengan dia..mahu dia jadi pasangan aku.." Kata Haris cuba menenangkan jiwanya.


   Setelah nota-nota itu siap di failkan untuk proses ulangkajinya kemudian, Haris terasa penat dan berbaring di atas katil. Kisah lampaunya datang di fikiran. Masih di ingat apa yang terjadi. Air matanya jatuh membasahi pipi.


...


   Petang itu, di tepi sungai kampung halaman, Haris dan Razif sedang menikmati suasana petang selepas mandi dalam air sungai yang jernih. Razif, merupakan kawan karib kepada Haris Zalman. Mereka belajar di sekolah yang sama dan mereka juga telah pun mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Persahabatan mereka amat akrab sehinggalah mereka memahami hati budi masing-masing dan hidup dalam dunia cinta lelaki mereka di kampung itu. Petang itu berlakulah suatu kenangan abadi bagi Haris Zalman.


"Ada sesuatu yang I nak cakap nih..Haris" Kata Razif yang duduk di tebing sungai bersebelahan dengan Haris Zalman, kekasihnya. Dia mengusap-usap manja lengan Haris.
   "Apa dia? cakaplah" Haris meletakkan tapak tangannya di atas jari-jemari Razif.
"Aku..aku akan ke oversea..dapat biasiswa buat degree"
   "Oh!Tahniah ar..wow..tak sangka..best ar..kan itu cita-cita awak lepas SPM"
"Tau..tapi..kita...camner?Kau tau kan aku kena pergi jugak..My dream ni.."
   "Eh..pergi ar..aku ok..ar..kan ada Internet. Kau boleh e-mail aku, call ke..tak susah kan?"
"Tau..tapi..aku...."
   "Tapi..apa..dia..ni..?" Haris berkerut kening.
"Aku ...ada kenal sorang mamat ni..time aku gi  interview nak dapat biasiswa tu..dan..ermm"
   "Ok..dan kenapa..?" Haris berpaling melihat wajah Razif. Ada sesuatu dirasakan.
"Kami...erm..camner nak cakap ek..tapi aku tau aku masih mencintaimu Ris..percayalah"
   "Zif,..cakaplah..apa dia ni?..kenapa,.wakk?" Nada Haris manja bertanda tanya.
"Aku...aku dah terlanjur dengan dia.."


  Pandangan mata Haris Zalman kembali merenung pancaran cahaya matahari petang yang kian terbenam perlahan itu di permukaan sungai. Tempat mereka sering berkunjung  untuk bersama. Menghabiskan cuti hujung minggu. Banyak peristiwa kasih disitu antara mereka berdua. Cahaya itu kian suram. Haris Zalman terasa pilu. Sangat pilu. Dia bangkit tanpa berkata apa-apa pada Razif.


"Ris?..please..dengar dulu penjelasan aku.." Razif berdiri dan menarik tangan Haris. 
  "Tiada apa lagi  ...yang perlu kau cakap..bro!" Marah betul kata-kata Haris pada saat itu. Tanganngya digenggam seperti ingin menumbuk muka pasangannya itu. Insan yang sangat disayanginya.


"Tolonglah dengar dulu Haris. Aku dan dia ..kami..tak ada apa..aku malam tu.."
"Cukup!" Haris Zalman menitis air mata yang berat sekali untuk dirasakan. Renungan matanya tajam menikam seluruh jiwa raganya. Kabur pandangannya pada wajah Razif tatkala itu. Musnah kasih yang dicurahkan selama ini. Haris berkata.


"Terima kasih..aku doakan kau berjaya Zif,"


   Itulah ucapan terakhir daripada Haris Zalman kepada Razif. Dia berpaling dari melihat diri lelaki itu dan melangkah pergi. Kedengaran suara rayuan Razif dari belakang. Tidak bererti lagi. Air mata Haris berlinangan jatuh dengan langkah beratnya.


...





2 comments: