Kelas dah habis. Tinggal study week pada minggu berikutnya. Haris Zalman sedang berjalan menuju ke bus stop untuk pulang ke kolej. Telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej yang masuk. Pesanan ringkas dari Asyraff.
Sayang, tunggu abang kat fakulti. kita balik sama.
Haris membalas mesej dengan memberitahu yang dia dalam perjalanan ke bus stop. Telefonnya berdering dan dia menyambut.
"Assalamualaikum bang, haa Ris nak balik dah ni..takpelah naik bas aje. abang kan ada-"
"Waalaikumsalam..sayang, abang dah habis kelas gak. Pensyarah bagi sikit nota je tadi.."
"Oh. Emm..tak pelah..abang. Saya boleh naik bas.."
"Abang nak ambik kamu nih..tunggu situ jap..ok..abang dah nak start motor ni..5 minit sampai". Perbualan diputuskan.
Haris terpaksa tunggu demi hendak menjaga hati Asyraff. Dia sudah mula menyukai dan mencintainya. Walau masih baru, perasaan itu berputik mekar dan segar dengan cara Asyraff melayan dan memberikan perhatian padanya. Nampaknya dia betul-betul hendak bersama Haris. Haris tersenyum di hati. Haris pun menunngu di simpang fakulti. Selang beberapa minit kemudian, kedengaran motor berkuasa tinggi menghampiri.
Asyraff memberikan helmet kepada Haris. Asyraff sempat menyuruhnya pegang kuat-kuat dan mereka menuju ke kolej. Kelihatan motor itu beralih arah, bukan ke tempat kolej kediaman Haris. Dia mengerut kening di sebalik helmet. Seperti tahu akan reaksi tersebut, Asyraff memberitahu.
"Kita balik kolej abang jap ok. Ikut je."
Balik kolej Asyraff? Perasaan Haris berdebar pula. Adakah Asyraff ingin..Ah! di tolak ketepi perasaan negatif yang tiba-tiba menyelubungi. Ikut sahaja dulu. Lagipun dia percaya, Asyraff seorang yang baik dan tidak akan ada apa-apa yang berlaku.
Setibanya di kolej 7 itu, Asyraff memarkir motornya di tempat letak motorsikal di belakang blok A. Dia mengajak Haris Zalman naik sebentar ke biliknya.
"Jom, naik bilik abang kejap, lepas ni kita gi lunch. Tentu sayang lapar kan?"
"Lapar jugak. Ok. Abang nak ambik sesuatu ke?" Tanya Haris dengan menghulurkan helmet padanya.
"Tak. Abang nak tukar baju dulu. Baju ni formal. Abang suka pakai kemeja round- neck aje."
"Oh! ok.."
Mereka berdua menaiki tangga ke aras bilik Asyraff. kelihatan koridor itu sepi. Kebanyakan penghuninya samada masih tidur, atau masih berkuliah. Bilik Asyraff terletak di hujung koridor berdekatan dengan bilik mandi. Asyraff membuka pintu biliknya.
"Masuklah..jangan malu.."Pelawa Asyraff padanya..
"Assalamualaikum..wah..bersih bilik abang" Haris melangkah masuk ke bilik..kekasihnya.
Keadaan bilik Asyraff kemas. Katil terletak bersebelahn dengan dinding dan terdapat meja belajar yang luas bersambungan dengan kepala katil. Pada lantainya, terdapat tikar bambu. Buku-buku kursus kejuruteraan tersusun rapi di rak yang berada di bawah tingkap bilik. Pada noticeboard, terlekat jadual dan nota-nota kecil seorang pelajar. Kitab suci berada di atas meja belajarnya. Pada dinding, terlekat satu poster kumpulan rock Nickelback. Di atas satu kabinet kecil, ada sebuah mini hi-fi. Koleksi cakera padat kumpulan rock itu tersusun rapi dan beberapa cakera padat lain. Kemas sekali. Wangi. Ada haruman Oceanus menyerikan lagi bilik itu. Selesa sekali rasanya.
"Dah habis buat inspection..so..apa reportnya?" Kata Asyraff yang dari tadi meneliti Haris yang seakan-akan memeriksa keadaan bilik itu seperti seorang inspektor.
"Eh..sorry bang..Haris ..suke ar tengok bilik abang..bersih..emm wangi pulak tu"
"Haha..terima kasih, nilah bilik abang. Biasa je. Eh duduklah dulu..abang nak tukar baju jap."
Haris duduk di atas katil. Sungguh rapi kemasannya. Cadar biru sepadan dengan bantal dan selimut yang dilipat kemas. Terdapat dua biji kusyen kecil berwarna purple dan hitam bersandar pada bantal tidur. Wow..ada taste gak abang ni. Bisiknya. Dari situ, Haris melihat Asyraff menanggalkan baju kemeja T yang dipakai. Haris Zalman cuba untuk tidak melihat tetapi perasaannya memaksa diri untuk melihat sedikit akan susuk tubuh sasa kekasihnya itu. Seperti mengetahui yang Haris melihatnya dari belakang, Asyraff menoleh. Dia memberikan senyuman pada Haris pula.
"Abang..gi gym ke?"
"Ya..biasa hujung minggu abang gi kalau tak keje." Jelas Asyraff sambil membuka almari dan mencapai satu baju round neck berjenama Converse berwarna hitam.
"Keje?"
"Abang ambil part time job sayang.."Asyraff menutup almari dan beralih untuk duduk bersebelahan dengan Haris.
"Keje kat ner bang.." Tanya Haris. Pandangannya beralih dari baju hitam itu ke dada bidang Asyraff.
"Keje kat satu company kecil kat KL. Ala..part time aje..abang uruskan dokumen berkenaan dengan resource..tolong kawan abang.
"Oh..gitu."
Pada saat itu, Asyraff duduk bersebalahan dengan Haris. Merapati Haris. Tiada jarak lagi memisah. Haris terasa debarannya. Asyraff masih lagi tidak mengenakan baju itu. Hanya berseluar jeans kelabu, Asyraff kelihatan ..seksi. Asyraff meletakkan lengan kanannya di belakang Haris, memeluknya dari sisi. Dia melihat wajah kekasihnya yang seakan-akan malu. Asyraff tahu. Haris memberanikan diri untuk melihat Asyraff juga. Mata mereka bersatu.
"Sayang,..abang dah jatuh cinta denganmu.." Nada perlahan Asyraff menggoyah perasaan Haris.
"Abang..pakai ar baju tu..erm.."
"Nanti kejap sayang..tak suke ke tengok abang tak berbaju..?"
"Suke..er..eh tak..eh..ermm.."
"Sayang.." Asyraff mendekatkan wajahnya pada sisi muka Haris Zalman yang melarikan pandangan ke bawah.
"Tengok sini jap sayang.."
Haris Zalman menurut keinginan Asyraff. Dia menoleh dan kini wajahnya seinci daripada Asyraff. Kehangatan badan Asyraff dirasai. Bibir Asyraff terbuka sedikit dan dia memberikan ciuman pada bibir Haris. Asyraff menutup matanya perlahan. Ciuman itu lembut. Kelelakian. Berirama syahdu jika boleh dilagukan.
Seumpama bunga mawar yang memberikan bau wangi, seperti itulah haruman maskulin yang dipakai Asyraff. Seumpama merah warnanya mawar, begitulah merahnya cinta yang kian mekar di jiwa mereka. Seumpama menyentuh kelopak mawar yang indah, begitulah rasanya sentuhan bibir Asyraff. Kenikmatan ciuman itu sungguh dirasakan dua lelaki berkasih. Beberapa saat kemudian, Asyraff melepaskan pautan bibir lelakinya dari Haris. Mereka bertentang mata. Dengan suara yang yakin, Asyraff Joe Arfaz melafaz,
"I love you"
damn.... part last tu mmbuatkn pacak bendera pulak hahaha
ReplyDeleteWow....nice one beb...keeo it :)
ReplyDeleteWow....x sedar mencanak plak laki ku ini...
ReplyDeletewow.... romantik btol!!!
ReplyDeletemon: hahaha..laki u ke
ReplyDeleteshamsul: thanks bro...:) ada lagi nanti
prince: thnks..i will
big: hehe
best wo...huhu
ReplyDeletehuhu.... bro... ada org meroyan tny mana bro g satu hari... pape yahoo k?
ReplyDeletehehe.. sumting 'tegang' plak bile bce part kissing tu.. romantik nyer..
ReplyDelete