Monday, 2 January 2012

Episod #4 Siri "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"

   Sah. Itulah jejaka bro2278 yang ingin berjumpa dengannya. Haris Zalman cuba menenangkan degupan jantung merahnya. Dia berlalu dari tingkap dan menuju ke tepi almari baju, tempat dia menggantung seluar Levi'snya. Dia memakai seluar itu dengan tangan yang agak terketar-ketar. Inilah detiknya. Dia seakan-akan merasakan satu perasaan yang sukar untuk di gambarkan pada saat itu. Ada orang menunggunya tidak kurang dari beberapa puluh meter dibawah. Haris mengenakan sedikit jel pada rambutnya. Digayakan spiky look sedikit. Dia membetulkan kolar baju.  Dia mengambil kunci bilik dan keluar. Bilik dikunci. Haris menarik nafas yang panjang sebelum turun tangga ..menemui lelaki itu.


"Ya Tuhanku,..kuatkan semangat hambaMu, mudah-mudahan ini semua bererti..amin" Haris sempat berdoa didalam hatinya sambil menuruni anak tangga.


   Setelah dia tiba di aras ground floor, dia bersyukur sebab tidak ada pelajar lain atau penghuni kolej yang berada disitu. Clear. Haris memperlahankan langkahnya. Langkah macho yang dibuat bersahaja. bro2278 itu sedang menunggu. Dia berdiri di tepi motor berkuasa tingginya. Helmet di letakkan di atas tempat duduk. Dia membelakang dan tidak melihat yang Haris menuju kearah lelaki itu. Tangan lelaki itu di dalam poket jaket kulit yang dipakai. Kakinya di kangkangkan sedikit. Berdiri stail lelaki sejati.Seperti ada aura tersendiri pada jejaka itu.Seolah-olah menampakkan keyakinan yang pasti. Dari pandangan belakang, Kelihatan bentuk tubuh lelaki itu.V-shape.Tinggi sedikit daripada Haris yang berukuran 5 kaki 6 inci. Seperti seorang lelaki menunggu kekasih. Haris memberhentikan langkahnya setelah berada lebih kurang satu meter berhadapan dengan pemuda itu. Dia berdehem.


"Ehem..er..Nak jumpa saya ke?" 


   Suara Haris Zalman agak perlahan dan menyebabkan pemuda itu menggerakkan kepalanya ke kiri sedikit tanda isyarat dia tahu akan kehadiran diri Haris dibelakangnya. Dia membalas.


"Ya.,saya." 


   Lelaki itu menoleh dan kini berhadapan dengan Haris. Matanya ditentangkan untuk pertama kalinya dengan pandangan mata Haris dalam erti pertemuan tersebut.


"Assalamualaikum, apa khabar?" 


   Pemuda itu menghulurkan tangan kanannya yang dikeluarkan dari dalam poket Denim birunya. Haris menyambut salam itu. Mereka berjabat tangan.


  "Walaikums- walaikumsalam..er..hai..khabar baik..er.."Haris sedikit gentar.


"Saya Asyraff Joe Arfaz. Panggil Asyraff saje.."


   Pemuda itu senyum dan masih menggengam tangan Haris dalam salam yang dijabatkan tanda perkenalan dua insan itu.


   Haris Zalman hanya dapat melirikkan senyuman yang hanya hatinya dapat gambarkan. Perlahan-lahan dia merasakan yang ianya, kegembiraan, keterbukaan dan kemahuan. Pandangannya keatas raut pemuda itu atau bro2278.Asyraff Joe Arfaz namanya. Gambaran mukanya di rekodkan terus ke hati. Raut wajah pemuda itu, manis. Senyumannya macho. Bibirnya di rapatkan dan menampakkan bibir penuh lelaki yang tidak merokok.Ada sedikit janggut di dagunya yang tumbuh selepas cukuran. Dia berlesung pipit. Rambutnya di potong kemas ala-ala crew cut di tepi tetapi cukup menampakkan kekacakkannya dengan gaya rambut yang pendek di atas. Matanya hitam dan seperti cuba mempesonakan Haris. Kulit wajahnya sedikit sawo matang. Kelihatan seperti pemuda melayu klasik dan ada sedikit kenakalan pada lirikan senyumannya yang ditarik ke pipi kanan.


"Salam kenal. Saya Haris. Haris Zalman." 


   Akhirnya, suara Haris menghentikan gambaran hati yang dilakukan keatas pemuda tersebut. Jabat salam dilepaskan perlahan. Pemuda itu tergelak kecil dan berkata,


"Janganlah tengok abang macam tu. Malu pulak abang nanti. Nah, akhirnya dapat gak abang jumpe awak"


   Dia membahasakan dirinya sebagai 'abang' dan bila mendengarnya, membuatkan jiwa Haris Zalman berdetik kencang.


   "Haha..takdelah,.sorry,..terima kasih ..sebab nak..er...jumpa saya.."Kata Haris.
"Eh! Abang yang perlu kata thank you. Takut gak, kalau-kalau Haris tak nak jumpe tadi.."
   "Tu ar..sebab..chat kat YM pun..sekali aje..terus abang nak jumpa..jadi..Haris pun rase..macam-"
"Hahaha., Takut ekk?..So dah jumpa abang kan? Amacam..jahat sangat ke rupa abang ni?"
   "Eh takdelah macam tu..cuma saya jarang jumpa orang dari YM tu..chat chat biase aje..malu ar nak jumpe."
"Oh!ok. Janganlah malu dengan abang. Abang ikhlas nak kenal kamu,..Haris Zalman. Saja nak tambah kawan..emm tak salah kan?"
   "Yeke..well..ok ar tu..emm.." Haris memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya. Sedikit malu.
"Free tak?" Asyraff bertanya.
   "Emm..free gak..tapi nak ulangkaji sikit."
"..Haris, ulangkaji kemudian ekk..temankan abang....please?"


   Ada sesuatu dalam nada perkataan please yang dikeluarkan dari bibir Asyraff. Intonasinya mengharap dengan lontaran suara garau yang dalam daripada seorang lelaki. Haris Zalman terasa sesuatu. Dia seakan-akan tidak dapat menolak. Dia..bersetuju.


   "Er,ok..abang nak gi mana?"


   Sebelum menjawab soalan itu, Asyraff menghulurkan satu helmet putih padanya. Haris mengambil dan seolah-olah dia berasa serasi dengan pemuda yang baru sahaja dikenali tesebut. Tiba-tiba Asyraff mendekatkan badannya pada Haris dan berbisik di telinganya, mengeluarkan kata-kata bisikan yang menyentuh hati Haris Zalman yang membuatkan hatinya bertambah kencang lagi..


"Abang nak spend time denganmu,.."












7 comments:

  1. wonderful...
    dah jd routine bc ni dulu sblm bc notes2 tok exam hahaha...

    ReplyDelete
  2. bigheart: Aku tersenyum lak...thanks bro

    ReplyDelete
  3. makin x sabar nak baca next episode.

    ReplyDelete
  4. insyallah bro... tp susah lak kalau bro komen sini... sekali sekala singgah ar blog aku k?

    ReplyDelete
  5. Nice story bro...can't wait for next

    ReplyDelete
  6. trigin nk jd mcm ni.. ade pluang ke ak? ..hhuhu..

    ReplyDelete