Thursday, 5 January 2012

Episod #8 Siri "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"

   Minggu hadapan sudah mula study week di universiti. Haris Zalman bercadang untuk tidak balik ke kampung. Itulah yang selalu dilakukan oleh para budak kolej untuk menigisi masa yang terluang di rumah masing-masing tatkala tiba minggu belajar. Dia ingin mengulangkaji di perpustakaan dan merasa kehidupan kolej. Ingin berdikari. Dia selesa dengan lifestyle di kolej. Pagi itu, dia bersiap awal hendak ke kuliah. Malam sebelumnya, dia boleh terlena di hadapan laptop semasa menyiapkan tugasan subjek. Dia melihat pada skrin telefon bimbit dan mendapati ada 5 miscalls. Dilihatnya, nombor itu tidak terdaftar dalam phonebook. Asyraff. Ya tak ya, dia memang menyatakan ingin call semalam. Nombor itu direkodkan."Alamak! Habislah sampai 5 miscall nih..emm" Katanya. Haris mengedit nama Asyraff kepada 'abgRaf' pada rekod paparan phonebook. Nama itu di tekan. Telefon di rapatkan di telinga. Dengan hanya stau deringan ia disambut.

"Assalamualaikum, abang Asyraff?"
   "Waalaikumsalam, kenapa tak angkat phone? Abang miscall tak dapat-dapat kat sayang..risau ar"Suara garau Asyraff kedengaran sedih sedikit.
"Sorry ar bang. Haris terlelap depan keje kat laptop.."
   "Laa..sampai macam tu. Takpe. Ni abang nak gi kampus ni. Abang datang ambik tau. Tunggu depan blok."
"Takpe ar bang. Haris naik bas aje. Lagipun bas-"
   "Haris..please dengar cakap abang..tunggu kat bawah nanti abang datang ambik..please sayang"
Haris tersenyum lebar tidak boleh menolak "Baiklah bang, Ris turun bawah sekarang, dah siap ni"
"Orait. Jap gi abang sampai k sayang."

   Haris Zalman mengambil beg sandang dan keluar dari bilik. Semasa menuruni tangga dia teringat. Alamak! Buku notanya tertinggal dalam bilik. Dia bergegas naik semula ke atas. Langkahnya di percepatkan. Setibanya di anak tangga pada aras biliknya, dia terserempak dengan seorang pelajar. Dia sedikit berlanggar dengan lelaki itu dan menyebabkan Haris  nyaris-nyaris hilang keseimbangan.

"Whoa! Hey, bro...perlahan-lahan." Lelaki itu sempat menarik lengan Haris Zalman daripada terjatuh kebelakang. Haris memegang lengan lelaki itu untuk berpaut. Kalau tidak..
 "Terima kasih..aduii...nyaris-nyaris. Dahlah cerun jugak kat bawah tu." Katanya menarik nafas lega.
"Apa yang tergesa-gesa nih..lain kali hati-hati"Kata lelaki itu menasihati. Kelihatan seperti budak baru di aras itu. Haris Zalman tidak pula pernah tahu mahupun kenal akan gerangannya.
Haris tergelak kecil "Haha..ya, thanks..nak cepat ni, buku tertinggal"
"Salam kenal, aku Farish. Aku baru duduk blok ni bro. Bro bilik berapa?" Tanya lelaki itu. sambil menghulurkan salam. 
   "Haris Zalman. Bilik E202."
"Oh! Dekat ar. Bilik aku 204..emm k ar bro. Pergi dulu" Pemuda itu tersenyum dan turun ke bawah.
 Haris berkata dalam hatinya "Emm..budak baru ke?..Eh!! dah lambat ni!"

   Asyraff Joe Arfaz telah menunggu di perkarangan blok  E itu. Seketika kemudian Haris Zalman muncul. Dia termengah-mengah. Asyraff hairan seketika.

"Eh! Kenapa ni? Sampai tercungap-cungap ni..kenapa berlari turun..jatuh kang sapa susah.." Tegur Asyraff kepada kekasih barunya itu.
   "Sorry bang. tadi..aduih..penatnye..tadi..Ris.. sedikit jatuh ..nasib baik..ahh..dah lambat ni...jom ar" Termengah-mengah dia menjawab.
"Hmm..sayang ni. Cuba tarik nafas perlahan-lahan,.relax ok..dah jom gi..abang dah lewat gak ni.."

   Setelah itu, Asyraff dan Haris segera keluar dari kolej menuju ke kampus. Motor kawasaki  hitam itu ditunggang laju. Haris memeluk erat bahagian abdomen Asyraff. Kekasihnya..

  Pada ketika itu, Haris tidak perasan bahawa ada sepasang mata yang melihat dirinya dan Asyraff tidak jauh dari perkarangan blok itu. Empunya diri tersebut berkata sambil mengangguk-anggguk kepala tanda sesuatu,

"Oh! Tentu mereka tu couple. Boleh tahan jugak budak tu..Emm..Haris Zalman namanya tadi. Sedap. Kalau aku dapat kang..tak lepas!" Senyuman sinis ditonjolkan.

Nada lelaki itu keras. Dalam fikiran, wajah Haris Zalman bermain-main di bayangan. Fantasinya berbau negatif. Dia ingin budak itu.  Baginya, tiada siapa boleh menghalang keinginan naluri lelakinya. Naluri nafsu yang sering mengawalnya..

2 comments:

  1. huhu.. bermulanya sebuah watak antagonis.. hehehe..
    nice...

    ReplyDelete
  2. yeah..! dah ade pengembangan watak. keep updating the story bro~ :)

    ReplyDelete