Thursday, 27 November 2014

A comeback

Assalamualaikum wbt

Terlebih dahulu, ALB ingin sekali memohon kesyukuran diatas kesempatan ini untuk kembali cuba bersemangat dalam menempuhi hidup yang penuh kenikmatan dan salah satunya adalah dengan 'reach out' ke arah pembaca di luar sana.Tujuan utama kali ini untuk meneruskan kembali kisah cinta Haris dan Asyraff.
Banyak plot dan dimensi penceritaan sedang diproses demi paparan 'comeback'. Maaf sebab ALB sudah lama menyepi serta tidak aktif dalam blog yang provokatif ini. Rasanya sudah tiba masa untuk ALB teruskan usaha menulis karya kisah cinta yang tertunda tetapi tetap ada sauh dihati ALB sendiri. Nah..ku persembahkan..suatu bait plot dalam EPISOD #25 "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro". Terima kasih

"Haris..kenapa diam aje..dah tak nak cakap dengan abang lagi ke?"
Haris menoleh dan pandangan matanya agak layu. Wajah tampan Asyraff Joe Arfaz mencari-cari jawapan.
"Tak ar..Haris ok. Abang..kenapa abang datang sejauh ini..em..ke kampung Haris semata-mata untuk jumpa saya?"
Asyraff tunduk melihat kejernihan air sungai di tebing itu. Mereka singgah sebentar di tebing itu setelah penat berjalan sekeliling kampung pada petang itu.
"Sebab..." Asyraff mengangkat kembali mukanya kearah Haris.Kekasihnya. Dia sempat lagi melihat kiri dan kanan serta keadaan sekeliling untuk memastikan tiada sesiapa yang melihat mereka lalu tangannya mencapai tapak tangan Haris. Dibuangnya ranting kayu yang menjadi permainan Haris sejak tadi. Dia menyambung jawapan..
"..abang cintakanmu sayang..that's why I come here...for you...I come for you baby"
Haris melihat pandangan lelaki Asyraff. Raut wajah itu menampakkan kikhlasan dalam sebutan ayat-ayat yang baru didengarinya. Bibir Haris terbuka sedikit. Senyuman kecil diukir pada bibir itu. Renungan Asyraff jatuh pada bibir itu lalu..
Bibir mereka bertaup..satu ciuman ringkas tercipta. Saat dan ketika seakan terhenti dalam dimensi dunia yang hanya mereka berdua mengetahui selok-beloknya.
Ciuman itu sakti. Satu ciuman yang telah lama dirindui oleh Haris..
"Ab-abang..." Haris berkata agak terketar-ketar.
"Ya sayangku...." Garau bunyi suara Asyraff sambil mengukir satu senyuman yang lebar sambil menggenggam erat tapak tangan Haris.

11 comments:

  1. welcome back bro...memang tertunggu lamer dah sambungan citer nie....it's the best 4 me... ;-)

    ReplyDelete
  2. Welcome back back bro...miss everything about u...

    ReplyDelete
  3. Welcome back..Abg have a nice story..hope dapat baca sambungan cite ni...and jaga kesihatan..

    ReplyDelete
  4. Welcome back..Abg have a nice story..hope dapat baca sambungan cite ni...and jaga kesihatan..

    ReplyDelete
  5. Xda sambungan lagi ke tuk cerita ni ..??? Bro ...aku harap kau dpt teruskan lagi ...sebab aku betul2 suka dgn plot cerita kau ...the besttt .....

    ReplyDelete
  6. Xda sambungan lagi ke tuk cerita ni ..??? Bro ...aku harap kau dpt teruskan lagi ...sebab aku betul2 suka dgn plot cerita kau ...the besttt .....

    ReplyDelete
  7. apa cerita skrg bro? lama menyepi? takde new update ke?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. salam melawat blog bro...

    http://lelakixy69.blogspot.com/

    ReplyDelete