Friday, 5 July 2013

Episod #24 "Siri Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"



“Assalamualaikum…”

     Satu lagi ucapan salam di berikan ke kiri dengan nada yang sayu untuk melengkapkan solat Zohor itu. Asyraff Joe Arfaz mensyukuri apa yang dia rasakan. Alhamdulillah, keluarga Haris menerima kunjungannya yang tidak seberapa itu ke dalam rumah mereka. Dia bersyukur. Walau apa yang telah berlaku, dia bersyukur. Dia berasa tenang setelah Haris Zalman seakan-akan dapat menerima dirinya kembali paling tidak pun..sebagai temannya. Sebagai seorang saudaranya kalau bukan lagi kekasih. Kekasih?..semoga yang baik-baik sahaja di anggapnya.

     Setelah Haji Taufik mengizinkan Asyraff untuk tinggal di rumah itu, Asyraff tersipu-sipu malu. Dia teringat saat-saat melihat wajah Haris Zalman yang agak keliru sedikit tatkala ayahandanya membenarkan Asyraff untuk bermalam disitu. Haris hanya mampu mengiyakan. Setelah perbualan yang agak rancak di ruang tamu, ibu Haris menyuruhnya untuk menjemput Asyraff membawa beg pakaiannya ke dalam bilik dan bersiap-siap untuk makan bersama-sama. Haji Taufik pula ingin merehatkan badannya sejenak di dalam bilik. Sempat juga dia berpesan agar senja nanti mereka semua dapat solat bersama-sama untuk Maghrib di ruang tamu. Apabila waktu Zohor tiba, Asyraff bertanya samada Haris nak bersolat sama. Dia bersetuju. Untuk masa itu, mereka berdua hanya dapat menunaikan solat dalam bilik Haris. Haris juga menyatakan yang biasanya waktu Maghriblah yang keluarga mereka sering bersolat sama-sama. Tikar yang bersih dibentangkan. Haris berdiri di belakang Asyraff..dan kewajipan di susun atur tertib. Hati Haris sebenarnya…bersyukur. Bersyukur adanya kunjungan Asyraff di rumahnya, malah..di dalam biliknya.

     Setelah zikir di lafazkan, Asyraff menoleh ke belakang. Dilihat, Haris Zalman sedang melihat ke luar tingkap. Lamunan. Mungkin dia masih tidak dapat menerima keadaan gerangan dirinya di rumah itu, di dalam biliknya, di atas tikar sejadahnya dan inikan pula mengetuai solat sebentar tadi. Kelihatan Haris sungguh tampan bersongkok tetapi raut itu di lemparkan keluar tingkap. Dia ingin kembali wajah itu menjadi miliknya. Asyraff berkata perlahan,

“Abang…minta maaf jika kedatangan ini tidak diingini mahupun di senangi awak..Ris..abang juga mohon ampun jika abang tak layak berada dengan kamu dalam solat ini..”

     Haris Zalman seperti terkejut dengan kata-kata itu. Lamunannya terhenti. Dia memandang Asyraff. Dia memberikan semula fokus terhadap Asyraff, yang tadi telah mengetuai solat itu. Dia perlu tolak tepi perasaan yang bercampu-baur. Mereka sedang berjemaah. Dia masih perlu menghormati Asyraff sebagai teman..teman solat itu. Dia berkata,

“Eh..apa abang cakap ni? Saya ..saya berterima kasih abang sanggup datang tengok saya ..saya tak sangka..saya..Ris ok bang, saya berterima kasih abang sudi jadi imam tadi. Paling tidak, kita dapat pahala banyak dengan solat berjemaah ni kan, saya tak sangka abang..ada kat sini..dalam bilik saya..saya..” Kata-katanya di pintas oleh Asyraff dengan nada perlahan dan membuatkan senyuman terukir di bibir Asyraff.

“Terima kasih..abang ucapkan..mungkin ini takdir Tuhan..biarlah paling tidak pun kita solat untukNya kan?..terima kasih sebab menjemput abang masuk ke rumah ini..terima kasih juga sebab keluarga Ris sudi…menjemput abang untuk bermalam disini..abang terharu..”

“Abang..saya mohoon maaf kalau saya terlalu mengikut perasaan..apa yang terjadi kat saya..emm..saya..” Haris terhenti dengan suara yang agak terketar-ketar kearah tangisan lagi dan Asyraff cepat-cepat memegang erat tangan rakan solatnya itu..lalu berkata,

“Eh..jangan nangis..! Kita sedang bersolat ni..kita minta doa banyak-banyak. Abang akan bantu kamu…dah..sabar k..please..Ris..kuatkan semangat kamu..untuk diri kamu..untuk solat ini..please..”

     Kata-kata Asyraff membuatkan wajah Haris sedikit bersemangat kembali. Dia mengesat air mata itu dengan lengan baju melayu yang dipakai. Dia hargai saat itu. Tidak sangka. Asyraff, seorang yang tenang, penyabar..dan masih ingin membantunya. Bersamanya. Jika dilupakan apa yang telah terjadi keatasnya, dia masih ingin meneruskan keikhlasan mengenali diri Asyraff dengan seadanya mungkin.

     Asyraff memberikan suatu senyuman pada Haris. Dia menarik nafas menambahkan ketenangan untuk memimpin doa. Dia berpaling semula ke hadapan ke arah solat yang sah. Tangan ditadahkan. Doa dibacakan. Haris mengaminkan setiap ayat. Dia menitiskan air mata tanpa..disedari..

      Mungkin semua ini satu …peluang baru..suatu ujian bagi Haris. Suatu langkah berani untuknya. Dia mesti mempercayainya. Keikhlasan itu sangat berharga walau untuk apa jua sekalipun agar kearah kebaikan dan penambahbaikan. Kelopak matanya ditutup, mendengar ucapan dan lafaz suci kalimah Tuhan yang dibacakan oleh Asyraff. Sungguh lancar sekali. Inilah kali pertama mereka bersolat berdua. Dia sangat hargai saat itu. Haris Zalman melafazkan di akhir ayat doanya..

“..Amin”

6 comments:

  1. alb,teruskn dgn plot yg lebih suspen ok! menarik agt... teruskn usaha anda..

    ReplyDelete
  2. bro.. thnx kerana menyelitkn unsur2 yg pnting mcm ni.. kbnyakan plu story, jarang ada plo2 mcm ni.. thnx kerana mengingatkan aku.. thnx.. =)

    ReplyDelete
  3. *kesat air mata* the best! keep on k :)

    ReplyDelete
  4. Abang, x da sambungan baru???

    ReplyDelete
  5. Mengharap sesangat ya nya ada smbungan..

    ReplyDelete
  6. Best Internet Novel, Da Jatuh Cinta Dengan Siri Ni. Pliss Wat Sambungan.

    ReplyDelete