Tadi ALB sempat jenguk-jenguk episod-episod yang lepas dalam kisah Haris dan Asyraff tu. Wah, sudah jauh melangkah juga agaknya ALB dalam cuba untuk mempersembahkan suatu kisah yang bagi ALB agak relevan dengan imaginasi serta fantasi seorang lelaki yang ada ujian bernaluri sebegini. Imaginasi itu khayalan dan ada perlu kita ketengahkan untuk dikongsi agar kita dapat kurangkan bebanan perasaan bukan? Lagi-lagi kepada sesiapa yang masih tercari-cari identiti dan pasangan kawan yang memahami. Salah satu adegan yang ALB paling suka adalah yang berikut daripada Episod #22. Bila ALB baca balik kan, terasa dalam pulak seolah-olah ALB dibawa masuk ke dalam penceritaan. ALB bukan seorang novelis atau penulis terkenal namun itu sahaja yang mampu ALB dapat tulis dan rasakan hebat untuk dimasukkan dalam plot. Terasa ar..terasa sangat kalau ade yang macam Asyraff tu kan dalam hidup kita by our side..emm tak pe kite cari ar slow-slow..for now, cube bace ni:
Haris menutup kelopak matanya memandang ke lantai, lalu berkata dengan suara yang
seakan berbisik.
“Farish..dia..dia telah..dia telah menyentuh saya bang.”
Seperti yang dijangka pada ketika nama itu keluar dari mulut
kekasihnya, persoalan selama ini yang menghantui dan menggoda jiwa raga
Asyraff
terjawab dengan kesimpulan tersebut. Asyraff menenangkan hatinya.
Genggaman jari-jemarinya di sabarkan oleh degupan hatinya yang
mendengar. Sabar. Egonya
tercabar. Tercalar. Tertanya-tanya di mana dia sepatutnya berada pada
semua ini
terjadi. Dia memiliki prinsip mencintai seorang lelaki sebaik-baik
mencintai
diri sendiri. Sebaik-baik prinsip itulah juga telah dia rasakan dirampas
dan dipijak oleh insan lain. Nafasnya dikawal dari mengencang. Dia tahu
dia berada di
mana. Dia tahu dia perlu kuatkan semangat. Dia perlu menghormati
keadaaan. Dia perlu rasional. Bukan masa dan detik untuknya
melontar kemarahan dan nafsu pertanyaaan kenapa dan bagaimana. Haruslah
dia
mengawal lagi perasaan itu dari bergelora. Dia tahu apa yang dialami
oleh
Haris kini amat dalam. Mungkin sedalam mana yang dirasakan perlu. Namun
dengan
kematangan dirinya sendiri dia tahu untuk mampu menyelesaikan ini semua.
Satu per
satu. Isi hatinya terhenti bercakap tatkala Haris berkata lagi menerusi
suara
yang pecah sambil menggeleng dan menundukkan kepalanya. Air mata Haris
jatuh. Membasahi keadaan.
“Tinggalkan saya …abang Asyraff. Lupakan saya. Saya tak
mampu.”
Dengan izinNya memiliki hati yang kuat serta kudrat yang ada pada
kekuatan dalaman
yang dia sendiri tahu lebih kukuh dari cinta itu sendiri, Asyraff
menyentuh dan mengangkat dagu Haris lalu memalingkan wajah Haris yang
tertunduk itu kearahnya lalu berkata,
“Kau rasa abang bisa tinggalkan awak macam tu saja?!” Dia melafazkan lagi tanpa adanya keraguan,
“..I won’t let you go!”
selamat kembali my little big bro
ReplyDeleteAbang lelaki berotot. Bila lagi sambungannya??? Seperti setianya ashraff, saya masih lagi menunggu utk sambungannya. Walaupun hampir setahun menunggu.... sobs sobs.....
ReplyDeleteOhhh.. serious lama giler tak jumpa blog ALB.. rasanya bfore this dh tutup blog kn??
ReplyDeletesaya dulu followers tegar, and dh lama xbukak blog.. =)
0197608341
ReplyDeleteBiler nk buat sambungannya
ReplyDelete