Tuesday 3 January 2012

Episod #5 Siri "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"

   Haris Zalman memeluk erat belakang tubuh Asyraff. Dia menunggang kawasakinya dengan laju dan cermat. Kini segala ketakutan dan kerisauan yang bermain diminda dan jiwa Haris telah beransur-ansur pudar. Dia ingin mengenali lagi siapakah Asyraff Joe Azfar ini. bro2278 identiti YMnya. Haris kini berada pula di atas motorsikal berkuasa tinggi jejaka YM itu. Wah,sesuatu yang amat surprise bagi diri seorang yang pemalu dan penakut seperti Haris. Dia tersenyum disebalik helmet putih itu. Dia dapat merasakan kehangatan jaket kulit Asyraff. Adakah kehangatan itu berkekalan lagi selepas ini dan paling mustahak menjadi suatu..pertalian pula? Persoalan itu tiba-tiba menghilangkan senyuman Haris Zalman. Bukankah dia ingin..berkasih semula?


   Asyraff memasuki satu selekoh selepas berhenti sejenak di lampu merah. Haris mendapati, motor itu menuju ke premis Secret Recipe, sebuah restoran kek yang terkenal. Asyraff menuju ke tempat letak parkir motorsikal di kawasan tersebut. Tidak lama kemudian, enjin motor dimatikan dan Haris turun dari motor tersebut dan menanggalkan helmet. Asyraff pula menanggalkan helmet hitamnya dan mengambil kunci motor.


"Jom, abang belanja makan kek.Suke tak?"
   "Er..Suke.." Haris tersenyum dan mereka memasuki premis itu.


   Asyraff memilih lokasi tempat duduk yang berada di belakang restoran itu. Kelihatan tidak banyak orang yang mengunjungi Secret Recipe pada masa tesebut. Kebanyakan pengunjung berada di kawasan hadapan dan diluar premis. Jauh dari mereka. Setelah pesanan dibuat dan waiter telah berlalu menyediakan pesanan mereka berdua, Asyraff berkata,


"Haris, em..abang betul-betul nak kenal kamu kalau boleh."
   "Oh, boleh..kenapa lakk nak kenal sangat ni?" Haris bertanya sambil tersenyum malu.
"Sebab...emm.." Seketika, Asyraff dengan tiba-tiba terdiam sambil melihat keluar tingkap. Agak lama juga Haris menanti jawapan.


   "Cakaplah..atau..sorry ar kalau saya salah tanya ke.. kat abang.."


  Pada ketika itu, Asyraff menarik nafas yang panjang dan menutup matanya. Apabila dibuka kelopak mata itu, dia memandang wajah Haris Zalman dengan penuh erti. Seperti satu harapan yang ingin dipastikan.


"..Abang nak kamu Haris"


Bibir Haris terbuka sedikit tanda isyarat terkejut mendengarkan.


   "N- Nak saya?..emm..er..abang Asyraff, saya erm..abang nak saya untuk..er..un-"
"Hahaha..bukan..bukan macam tu maksud abang.." Asyraff tergelak kecil akan erti di sebalik persoalan Haris itu. Setelah beberapa ketika, dia menyambung. Intonasi suara lelakinya direndahkan..tapi dengan penuh yakin.


"Untuk cinta..untuk cinta..Haris"
   "Un-"Haris terputus kata.


   Tergamam. Itulah yang dapat menjadi reaksi Haris Zalman. Dia tersandar di kerusi tempat duduknya. Dia berdegup lagi. Kali ini, degupan itu bererti. Erti cinta? Dia tidak pasti lagi. Tutur kata Asyraff di baris ayat akhir itu, menjadi satu soalan samada fantasi atau realiti bagi Haris. Dia cuba menenangkan diri dengan gelak kecil.


"Haha..abang ni..saya ni apa yang ada..kita pun baru kenal..emm pasti ramai-"
  "Tak!..Tak ramai pilihan abang,.Haris. Sejak malam tu, abang dah mula tekad nak kenal kamu dan emm"


   Ayatnya dihentikan untuk membenarkan pelayan tadi meletakkan menu makanan mereka. Sepotong kek Tiramisu untuk Asyraff dan Black Forest untuk Haris. Dua cawan kopi diletakkan bersama. Selepas Asyraff mengucapkan terima kasih kepada pelayan itu, dia melihat wajah Haris. Asyraf menatapi wajah itu. Wajah yang kembali merenungnya dengan kerutan di dahi. Wajah yang ingin di miliki. Disayangi.


"Serius. Abang.. nak menjadikan kamu...teman abang, Haris" Jelas Asyraff. Nadanya garau dan yakin..seakan memastikan.
   "Abang, kita..tak kenal lagi kan..macam mana nak..emm..macam mimpi lak"
"Jangan bermimpi lagi Haris. Abang nak.." Asyraff sekali lagi, terhenti di tengah pertuturannya.


   Kali ini, Haris cuba melarikan pandangan dari wajah kacak pemuda dihadapannya ke arah kek di atas meja. Manis. Tetapi adakah ini semua realiti? Adakah manisnya semua ini dengan kata-kata daripada Asyraff sebentar tadi? Hatinya cuba menerima. Dengan nada yang diperlahankan, Asyraff Joe Arfaz melafazkan,


"Abang nak kamu jadi boyfriend abang"



5 comments:

  1. Kewl...
    Keep it up bro..
    Looking forward...

    ReplyDelete
  2. wow...makin hangat... hehe...
    black forest... my dad's fav cake ^.^
    hehe...keep it up bro...
    huhu...
    btw yg survive the new year tu (mode)?
    xbrp paham apa yg bro nak tny... huhu...

    ReplyDelete
  3. omg.besss.sila sambung lagik ye enciklelakiberotot :D

    ReplyDelete
  4. wah..keles uol..
    romantik gituh..
    mesti dia kendo kan..
    :)

    ReplyDelete
  5. seronoknye bace citer camni.. keep it up bro~

    ReplyDelete