Wednesday 4 January 2012

Episod #7 Siri "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"

" Terima kasih bang, Haris nak naik bilik dulu ni. Nah, helmet" Haris memberikan helmet kepada Asyraff.
   "Sama-sama sayang. Eh, lupe pulak! Bak nombor telefon. Abang lupe nak mintak."
"Oh! ok." Haris menyebut digit-digit nombor telefon bimbitya sambil Asyraff merekodkan pada Iphone 4.
    "Malam kang, abang call ok..Sayang jangan lupe kunci pintu tau, dan jangan nakal-nakal, nanti abang tau tu"


   Asyraff menggenggam sejenak tangan Haris. Pada ketika itu, Haris dapat rasakan yang dia sudah bertemu dengan insan yang bernama kekasih. Genggaman tangan Asyraff walau seketika cuma, menghantar isyarat terus kepada jiwa Haris Zalman yang seolah-olah berkata "Kau milikku".


   Haris kembali ke bilik. Dicapainya tuala mandi dan bergegas ke bilik mandi  dihujung koridor aras 4 itu. Dalam bilik mandi, Haris merasa cukup segar semula dengan basahan air pancuran. Dia dapat melihat titisan air mandi itu jatuh satu per satu. Ibarat segala butir-butir air mata keseorangan yang dilaluinya selama ini di basuh pergi. Dia menutup matanya dan mendongak ke atas. Air pancuran itu membasahi wajahnya. Dia tetap ingin bersyukur dengan apa yang terjadi. "Asyraff Joe Arfaz..milikku.." Bisik hatinya.


...


   "Aku sudah mula menyayanginya walau dengan sekali pertemuan" Bisik Asyraff. Fikirannya di tumpukan pada jalan dihadapan. Kolej 7 yang didiami tidaklah jauh mana. Dengan motor kesayangannya itu, dia boleh capai dalam masa tidak kurang dari 8 ke 10 minit. Di sebalik helmet, Asyraff tersenyum. Wajah Haris Zalman terbayang. Hatinya berbunga kembali. Kelopak bunga itu mula mekar. Satu persatu warnanya kembali terang. Semua kerana Haris Zalman. Jejaka YM yang di hantarkan satu friend request malam sebelumnya. Jejaka pilihannya. Dia tahu, Haris  Zalmanlah yang sesuai. Ayraff dan Haris. Dia mengsinonimkan nama mereka dalam jiwa. "Suke lah dengan budak tu.." Bisik hatinya.


   Asyraff memarkir motorsikal di belakang blok A di kolej. Dia bergegas naik ke bilik di aras 2. Bilik single yang didiami sebagai pelajar paling senior di blok itu.Dia terserempak dengan kawan searas iaitu Johan yang tinggal bersebelahan. Dia sedang menyidai pakaian di jemuran koridor.


"Aik! dari kelas ke?"
   "Hey bro. Takdelah. Dari kuar jap .Jumpa kawan tadi.." Jelas Asyraff sambil memasukkan kunci bilik untuk membuka biliknya.
"Oh. kawan ke buah hati ni..Ayraff?" Kata Johan tersenyum lebar.
   "Haha..bolehlah dikatakan. Lebih kepada kekasih...hehe" Asyraff tergelak kecil.
 "Baguslah tu."
   "Ok bro! Aku masuk dulu" Asyraff sempat melemparkan senyuman machonya pada rakannya itu.


   Dia tersenyum lebar. Takkanlah dia nak bagitau siapa kekasih yang dijumpai. Johan merupakan rakan sekuliahnya pada semester lepas kerana kursus yang diambil serupa. Kini mereka berkawan baik dan masing-masing juga sibuk dengan final year project. Johan sudah tentulah tidak mengetahui naluri lelaki Asyraff dan dia tidak pula pernah mempersoalkan sangat kenapa Asyraff tidak memiliki teman wanita.Ah! dia sudah bertemu dengan pilihan hati. Tiada persoalan lagi.


   Asyraff membuka jaket kulit dan meletakkan helmet di atas meja. Dia menanggalkan pakaian dan mencapai tuala mandi di belakang pintu. Keringat membasahi sedikit badannya. Asyraff memiliki susuk tubuh yang sasa. Dadanya bidang. Kelihatan 6 packs yang menonjol ekoran daripada sit-ups yang dilakukan setiap hari. Gym menjadi tempat  rekreasi di hujung minggu. Lengannya berotot. Urat-urat kelelakian terlihat di pangkal lengan.  Tuala di kenakan dengan rapi di bahagian punggungnya. Pejal kelihatan. Menawan. Dia pergi ke bilik mandi.


   Azan Maghrib sudah memanggil.Asyraff kembali dari bilik mandi dan segera menunaikan solat.Nafas ditarik dalam-dalam sesudah takbir. Bacaan di mulakan. Hatinya tenang kerana Tuhan.


   Setelah salam diberikan, dia menadah tangan membukanya untuk berdoa. Dihujung doanya,


"Ya Tuhanku, berilah aku kesempatan lagi untuk merasa kasih dari seorang hambaMu. Aku cukup mengerti ujian ini. Aku ingin lagi merasa cinta. Aku tahu tiada yang agung selain dair cintamu Ya Rabbi..izinkan aku mendekati Haris Zalman..izinkanlah...Amin"


   Komputer ribanya dipasangkan. Dia perlu segera menyambung kerja-kerja projek yang ditugaskan. Menjadi seorang pelajar tahun akhir, dia kena banyak buat rujukan online. Kursus Civil Engineeering yang diambil amat diminati Asyraff. Ayahnya juga merupakan seorang jurutera awam di sebuah firma yang besar di Kuala Lumpur. Sedang dia cuba menaip, fikirannya mengingatkan Haris Zalman dan senyuman comelnya. Dia bersandar pada kerusi dan meletakkan kedua-dua tangan di belakang kepala dan meluruskan kaki di bawah meja. Stail santai yang diminatinya tatkala fikiran melayang.


"Oh, Haris Zalman..Harisku.."


...


   Haris sedang sibuk menaip tugasan akhir. Musim semester dah nak habis. Minggu hadapan sudah mula study week. Dia merupakan seorang yang study type. Buku menjadi temannya. Kini, ada lagi yang menjadi teman barunya. Teman hati. Pandangannya pada skrin laptop tetapi hatinya asyik berbisik nama Asyraff.


"Ah! Fokus dulu ar kerja ni..aduii aku ni.." Katanya.


   Kuat sungguh aura yang di sampaikan. Seperti satu telepati menembusi dinding bilik Haris Zalman. Seperti ada suara Asyraff memanggil namanya. Dia menoleh ke tingkap. Terimbas kembali saat petang tadi. Terdengar bunyi enjin kawasaki. Terbayang insan bernama kekasih. Tersebut namanya..


"Asyraff.."



4 comments:

  1. best, terbaik bro!! ada sambungan lg x nih?

    ReplyDelete
  2. huhu... hati mula meruntuh berkatakan cinta pandang pertama berputik kembali..
    Dari mana hatinya melayang
    Dari YM terus jumpa sekali
    Dari mana datangnya sayang?
    Dari mata turun ke hati
    khas dari BH4BB~~~

    ReplyDelete
  3. dah mula berindu-rinduan nampak? huhu.. ;P
    really can't wait for the next one.

    ReplyDelete