Friday 21 June 2013

Episod #22 Siri "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"



Terdiam.

    Itu sahaja yang mampu dilakukan. Sepasang mata yang tidak diketahui apa erti pandangan itu dilemparkan pada wajah Haris Zalman yang hanya tunduk membisu dan pada ketika itu melihat keluar tingkap. Cuba mengelak dari bersemuka dengan wajah di hadapannya. Wajah kekasih. Ah! Bukan lagi kekasihnya. Apa lagi yang tinggal? Itu benak hatinya berkata namun degupan jantung itu tidak menipu.
“Haris?..Cuba pandang sini Ris..please..pandang muka abang ni kejap..please.”

    Asyraff yang dari tadi membaca air muka kekasihnya itu. Sejak tangan dihulurkan untuk bersalam dengannya sehinggalah dia duduk di kerusi itu, Haris tidak langsung pun mengangkat mukanya untuk membalas pandangan wajah Asyraff Joe Arfaz.

“Ke..em..ke..kenapa datang sini? Camner bisa tau..yang..saya balik kampung?” Persoalan itu keluar dari mulutnya. Bibir Haris terketar-ketar sedikit bertanyakan soalan itu seolah-olah seorang  yang bersalah yang telah ditangkap atas keasalahan yang dilakukan. Ah! Dia tidak bersalah dalam persoalan mahupun hal ini. Apa salah ku? Benak hati Haris lagi. Pokok-pokok di luar tingkap amat diamatinya sekadar untuk tidak berhadapan dengan wajah pemuda dihadapan itu. Dia tidak mahu melihat Asyraff. Dia seakan-akan mahu menolak wajah itu dari melihatnya. Daripada merenung perasaannya.

    Asyraff menarik nafas sedalam yang mungkin. Suaranya ditenangkan semula lalu dengan nada yang rendah dia berkata,

“Apa yang berlaku ni Ris? Saya call awak, awak tak angkat. Sms saya awak tak jawab. Sebaik saja abang balik dari pembentangan dengan pensyarah aritu,..terus je nak jumpa awak. Awak tau tak?..Ya, abang tahu, abang salah. Abang mohon maaf. Tapi kenapa ni Ris? Apa salah abang? Abang terus ke kolej awak, awak tak ada pulak. Bilik gelap je. Abang pergi ke pejabat kolej tanya kerani kat situ. Mujur akak tu ada simpan salinan rekod residens. Abang tanya dan tanya mereka. Dari situlah abang tau alamat kampung awak. Abang terus balik bilik kemas baju..tanpa fikir panjang abang naik motor. Abang tak nak kehilangan kamu..Kamu tau kan yang abang..abang sayangkan kamu? Ris..to-tolong pandang..pandanglah muka abang..please..abang bercakap kat awak kan..please..

    Ayat dihujung baris ucapan pembukaan itu memecah kesunyian dalam hatinya dengan tiba-tiba. Sunyi. Bukan itukah yang harus dirasakan oleh Haris?Kenapa perlu Asyraff datang ke situ? Apa lagi yang ingin dikatakan olehnya? Tiada lagi yang tinggal untuknya. Kesunyian yang harus dihadapinya kini. Dia tidak ingin membabitkan Asyraff. Apa yang terjadi telah bersejarah. Apa lagi yang tinggal? Apa dayanya untuk menjawab persoalan jejaka yang sanggup datang dari jauh berjumpa dengannya. Oh sungguh hampa dan gundah dia merasa. Cukup bersalah pula di hatinya. Asyraff tidak patut datang menjenguknya.


    Haris tunduk lagi ke bawah, melihat karpet bercorak bunga-bungaan yang menjadi hamparan ruang tamu rumahnya. Air mata terasa panas di tepi matanya. Asyraff sekali lagi memohon dengan nada suara seorang lelaki yang ..merayu. Sayu. Sungguh sayu sekali.
“Pandang sini Ris…sayang..?”

     Perkataan dihujung ayat permohonan itu menambah degupan hatinya. Seolah-olah mendesak kalbunya. Seperti menjadi suatu daya magnet yang menarik apa yang perlu ditakluk. Haris kian lemah. Terkulai kalbunya.


    Dengan hati yang tabah, Haris perlahan-lahan mengangkat wajahnya. Basah pipi lelakinya. Setiap sentimeter diikuti dengan kebil mata yang perlahan. Degupan hatinya bercampur-baur. Emosi tidak terkawal.  Ego berperang didalam. Berlinang air mata bakal terjadi lagi . Sah sudah, air mata itu dicipta olehNya untuk keadaan sebegini rupa. Dia melihat wajah Asyaraff buat pertama kalinya setelah sekian lama dengan kedua-dua anak mata hitamnya itu disebalik air mata yang mula mengaburi hati dan perasaan. Asyraff dilihatnya buat pertama kali. Ketika itu masa bagaikan terhenti. Disebalik kaca penglihatan yang sedikit kabur dek air mata lelakinya. Walau dunia tidak pernah penat berpusing namun detik itu seakan sebaliknya. Berlinangan lagi Haris. Kini, insan yang pernah dicintai itu berada di hadapannya dengan pandangan yang merayunya untuk menjawab pelbagai soalan yang Haris sendiri tidak tahu dimana jawapan ingin dimulakan. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan. Kencang pernafasan seakan menyuruh Asyraff pergi. Perasaannya bergolak lagi. Aduh dimana sakitnya dia sendiri tidak tahu.

    “Haris..kenapa menangis? Abang minta ampun Ris, abang tahu abang pergi buat pembentangan tu tergesa-gesa. Abang cuba tak-“
    “Tolong dengar apa yang sa..sa..saya nak cakap ..bo..boleh?” Haris mencelah dengan nada yang terkawal.


Ayat Asyraff terhenti. Dia memandang wajah kekasih hatinya itu. Matanya menganalisa gerak-geri raut wajah itu.

    Suara Haris menambah air muka yang keliru di wajah Asyraff. Berlimpahan air mata Haris di pipinya. Suaranya hancur sedikit. Tekaknya kering. Serak sedikit nada disitu. Dia cepat-cepat mengesat air mata dipipinya. Dia bertambah kuat sedikit untuk cuba menjelaskan.  Ya Tuhan kuatkan semangatku. Isi hatinya berkata.

     Sejak tadi pandangan mata Asyraff tidak lekang daripada melihat wajah Haris Zalman. Tidak sekelumit pun dia rasa dia bukan kekasihnya lagi. Tidak seinci pun dia rasa tidak bersalah. Tidak jauh pun jarak memisah mereka berdua. Dia bangkit untuk duduk di sebelah Haris. Dia tahu ini rumah Haris dan ibunya berada di dapur. Namun, Asyraff bangkit untuk berada disisi kekasihnya. Seperti dulu. Seperti sediakala. Apa yang telah terjadi ni? Benak hatinya berbisik. Keliru. Dia seperti tidak kisah kalau-kalau ibunda Haris tiba-tiba datang melihat dia duduk bersebelahan Haris. Biarlah kenyataan memainkan peranan. Namun dia tahu mana had dirinya kerana rasa simpati yang bercampur persoalan ingin tahu kenapa kekasihnya itu menangis lagi. Dia beranikan diri. Asyraff berbisik perlahan..

"...shhh..sudah tu..nanti ibu tengok awk macam ni Ris..please..cerita kat abang..apa jadi ni?"

    Suasana ruang tamu itu seperti mengizinkan untuk Haris bercerita. Berbicara kisah hati yang rapuh yang gundah yang merana perlukan penjelasan. Membuka isi hatinya. Dia tahu ibunya tak dapat mendengar perbualan mereka kerana jarak dapur yang agak jauh dari situ. Asyraff  kini duduk bersebelahan dengannya. Dia memula bicara dengan nada yang perlahan.

    “Kenapa cari saya lagi bang? Saya sengaja tidak…tidak jawab panggilan tu dengan harapan..abang melupakan saya. Saya..saya rasa tak boleh teruskan perhubungan dengan abang lagi. Bukan sebab abang pergi Johor buat presentation tu..tapi sebab..ini keputusan saya sendiri. Saya tak nak mengharap kasih dari abang lagi.” Air matanya kian melimpah. Tatkala itu, Asyraff memberanikan diri untuk mengesat setitik dua. Dia perlu melakukannya. Kuat dia merasakan ada sesuatu yang ingin diberitahu bakal menjawab persoalan dirinya sendiri. Haris menyambung penjelasan dengan nada yang kian stabil dengan hembusan nafas yang dikeluarkan perlahan. Dia tahu Asyraff sedang menanti jawapan. Tidak adil jika Asyraff tidak mengetahui perihal sebenar. Haris menyambung bicara,

    “Masa..kat..em..kat kolej time abang takde..saya..emm..saya..Ingat tak ..Farish? Pelajar yang datang pinjam headcam pada hari tu tuh? Ingat tak budak tuh...?”  Haris memberikan pandangan sisi pada Asyraff. Seperti tidak sanggup untuknya menjelaskan hal sebenar sebagai sebab perubahan dirinya yang berlaku. Perubahan perasaan yang terjadi. Sejarah hitamnya. Namun, dia perlu menghentikan ini semua dari berterusan. Dia perlu. Dia perlu menyelamatkan hatinya dan juga Asyraff dari terus keliru.

“Kenapa..pulak dengan dia Ris? Dia kenapa? Apa dia buat kat kamu?!”

    Persoalan itu berbunyi amarah di hujung baris ayat yang keluar dari bibir Asyraff. Kedengaran degupan hatinya pula bertambah naik. Kencang. Ada sesuatu. Farish? Ah! Kenapa ada nama itu terkeluar? Kedengaran suara yang bakal memberitahunya sesuatu yang tak elok telah menimpa kekasihnya. Kelibat nama yang tiba-tiba disebut oleh Haris itu seperti ada terlibat dengan semua sandiwara ini yang dirasakan oleh hati Asyraff sendiri. Dia merenung wajah Haris. Tatkala itu pula,  wajah itu dipalingkan ke luar tingkap. Hembusan nafas Asyraff cuba dikawal oleh ego dan perasaannya pada ketika itu. Asyraff cuba mengawal diri. Merelakan penjelasan yang sepatutnya. Dia bersedia. Hati lelakinya kukuh. Genggaman bukulalinya terjadi tanpa disedari oleh Asyraff seperti bakal mengetahui gerangan budak Farish itu...telah berbuat sesuatu.

Haris menutup kelopak matanya memandang ke lantai, lalu berkata dengan suara yang seakan berbisik.

“Farish..dia..dia telah..dia telah menyentuh saya bang.”

    Seperti yang dijangka pada ketika nama itu keluar dari mulut kekasihnya, persoalan selama ini yang menghantui dan menggoda jiwa raga Asyraff terjawab dengan kesimpulan tersebut. Asyraff menenangkan hatinya. Genggaman jari-jemarinya di sabarkan oleh degupan hatinya yang mendengar. Sabar. Egonya tercabar. Tercalar. Tertanya-tanya di mana dia sepatutnya berada pada semua ini terjadi. Dia memiliki prinsip mencintai seorang lelaki sebaik-baik mencintai diri sendiri. Sebaik-baik prinsip itulah juga telah dia rasakan dirampas dan dipijak oleh insan lain. Nafasnya dikawal dari mengencang. Dia tahu dia berada di mana. Dia tahu dia perlu kuatkan semangat. Dia perlu menghormati keadaaan. Dia perlu rasional. Bukan masa dan detik untuknya melontar kemarahan dan nafsu pertanyaaan kenapa dan bagaimana. Haruslah dia mengawal lagi perasaan itu dari bergelora. Dia tahu apa yang dialami oleh Haris kini amat dalam. Mungkin sedalam mana yang dirasakan perlu. Namun dengan kematangan dirinya sendiri dia tahu untuk mampu menyelesaikan ini semua. Satu per satu. Isi hatinya terhenti bercakap tatkala Haris berkata lagi menerusi suara yang pecah sambil menggeleng dan menundukkan kepalanya. Air mata Haris jatuh. Membasahi keadaan.

“Tinggalkan saya …abang Asyraff. Lupakan saya. Saya tak mampu.”

    Dengan izinNya memiliki hati yang kuat serta kudrat yang ada pada kekuatan dalaman yang dia sendiri tahu lebih kukuh dari cinta itu sendiri, Asyraff menyentuh dan mengangkat dagu Haris lalu memalingkan wajah Haris yang tertunduk itu kearahnya lalu berkata,

“Kau rasa abang bisa tinggalkan awak macam tu saja?!” Dia melafazkan lagi tanpa adanya keraguan,

..I won’t let you go!”




2 comments:

  1. fuhh,nseb baek asyraff msih sygkn haris.. legaaa .. hurm,ape akan jd kt si farish tu yea?? hehe.. sye tggu fr the next episode!

    ReplyDelete
  2. Huh, semakin mencabar, hehe. Can't wait for the next episode! :)

    ReplyDelete