Thursday, 20 June 2013

alb kembali...



Assalamualaikum..
Sayangku bro,
Syukur ke hadrat Ilahi diatas kebolehan dan minat yang alb masih ada ini untuk cuba berkongsi naluri dan perasaan dengan saudara-sudara bro semua di luar sana. Selama ni alb menghadapi suatu kesukaran dan cabaran yang memungkinkan alb untuk menutup sementara blog ini. Adanya semula blog ini pun semoga adalah sebab ketentuanNya untuk alb untuk terus bersahabat dengan bro-bro di luar yang alb tak pernah jumpa, bersua, bersemuka, berkata-kata mahupun lepak bersama. Namun, ada secebis rasa hati ingin terus berkarya. Karya alb bukanlah sehebat mana dan hanya sekadar nukilan perasaan yang terpendam.  Memang banyak blog-blog yang sudah ada yang memaparkan paparan video dan gambar yang boleh meningkatkan perasaan intim bro-bro namun disini, alb rasakan bukan itu objektif utama. Objektif alb hanya bercerita. Cerita yang ya dan juga tidak mungkin berlaku di dalam kehidupan alb. Bila alb teringat blog-blog yang ada video dan gambar, alb ingin kelainan.  Biarlah melalui sesuatu cerita hidup dan pengalaman yang menjadi titik tolak kehidupan. Alb kini sendiri, dan bagi alb, perasaan terhadap lelaki adalah suatu cabaran dan dugaan. Kisah Haris dan Asyraff mudah-mudahan akan berterusan dan ianya membantu alb untuk merefleksi kendiri. Terima kasih pada yang sudi membacanya . Alb hargai bro. Mungkin nanti ada gambar seksi alb akan muncul tapi tidak dijanjikan..sayangku bro.
Terimalah semula blog alb ini sebagai persahabatan maya kita. Walau kita tidak bertakdir berjumpa nampun apabila ada yang sudi membaca kisah alb di sini, sudah berharga nilainya. Sekarang alb sedang menyiapkan ‘final edit’ untuk kisah cinta dua jejaka yang unggul itu.
Aku sayangimu bro.
alb

7 comments:

  1. bro alb..hri tu hilang tanpa khabar,skang dh kembali..welcome back bro..its nice to see ur writing,mmg feeling terlebih..

    anyway,blog jgk satu tempat utk luahkn sesuatu,if u want to share something,just write,mana tau ada yg sudi mmbntu, and saling nasihat menasihati kan..

    chill bro.. =)

    ReplyDelete
  2. Welcome back bro...Memang tertungu2 balik citer Haris and Asyraff tue...Betul ckp Mie Zackry tu....Blog adalah tempat yang paling sesuai nak luahkan perasaan...well, maner tau bro...maybe ur followers ader yang boleh jadi pemberi khidmat nasihat yang terbaik...who knows...:-)

    ReplyDelete
  3. hai bro alb .... kita sama-sama ada naluri suka lelaki jadi kita faham maksud bro ... tapi jgn lah layan sgt perasaan sunyi tu nnt dpat kemurungan pula ...bro rasa sunyi chat atau berborak lah dgn kawan2 bro yg bro blh caya atau kat sini pun boleh aje kan ... terus kehidupan dgn tabah dan bersemangat ye ... walaupun kita tak penah jumpa seperti bro katakan tapi tu tak halang dr berkawan atau kongsi pengalaman atau perasaan .. kita sama2 gay kan

    ReplyDelete
  4. Welcome back! ;-) wish you all the best bro Alb.

    ReplyDelete
  5. to Muscleguy30,semoga 'si dia' akn mmbce cerita kt blog ni.. sye dpt rsekn stiap luahan hati awak dlm citer ni.. prasaan suka dan duka.. jgn bersedih,kalu ade 'jodoh' ,insyaallah xkn kemana .(maaf,sye hanye bri pndpt.)
    ps: just ignore this msg if sye trsalah ckp.. peace

    ReplyDelete