Air mata. Itulah teman Haris
Zalman. Seorang jejaka yang penuh ciri-ciri kelelakian yang teguh dan mantap
pada luaran. Minat pada sukan bina badan menyebabkan dia tekad untuk membentuk
fizikal yang tegap ekoran dari latihan di gymnasium semasa belajar. Oleh
itu, tubuh fizikalnya pada tahap yang maksima sesuai dengan umurnya sebagai
pelajar university. Remaja muda ini kelihatan macho dengan dada
bidangnya dan susuk yang menawan. Namun, hatinya tidak kuat dan sudah menjadi
lemah. Tidak seperti fizikalnya yang menarik perhatian itu. Dalamannya lemah. Air
matanya masih mengalir tatkala dia merenug jauh ke luar tingkap biliknya.
Komputer riba itu masih terpasang. Keadaan luarannya tidak sinonim dengan
dalaman yang rapuh itu. Mudah pecah.
Yahoo Messenger itu dibiarkan
terbuka. Kelihatan butang status jejaka bergelar ‘bro2278’ itu kelihatan
samar dan pudar, menandakan dirinya offline. Seperti juga kepercayaan
Haris pada cintanya. Cinta itu sudah pudar. Haruskah terjadi begini pada
saat-saat indah dalam fasa kehidupannya. Dia tahu ini semua takdir. Namun,
manusia dicipta untuk memilih. Kebahagiaan atau kesengsaraan. Yang pertama itu
menjadi objektif kehidupannya sebagai insan dan juga menjadi cita-ctanya
sebagai seorang PLU. Dia tak kisah di gelar sebegitu rupa. Dia sudah mula sedar
siapa dirinya. Pedulikan apa oarng nak kata. Lantaklah kekecewaan yang ada. Dia
sedang sakit melayan jiwanya. Dia ada hak memilih apa yang disuka. Namun cinta
di benak raganya serta dalam detik degupan jantungnya masih mengeja nama si dia.
Ah! Kenapa harus jadi begini. Tidak mungkin. Pertanyaan si dia dalam YM itu
terngiang-ngiang kedengaran dalam telinganya. Seakan-akan suara garau Asyraff
masih terdengar bertanya kenapa dan kenapa padanya. Halusinasi menggamit jiwa
dan pandangannya. Semua bertukar satu memori. Indah atau tidak, sungguh tidak
di mengertikan oleh Haris. Satu kaleidoskop imej dan fantasi. Di terasa letih
dan cuba baring di atas katilnya. Cuba melelapkan mata yang sakit dari
kebasahan linangan air mata yang pedih. Pedih sekali. Sekali lagi dia
teresak-esak dalam menuju lena di siang hari.
…
Dia berlari. Kuat degupan jantungnya. Farish menerkamnya
dari belakang dan mereka berdua terjatuh.
“Mana ko nak
lari ni ha?!” Farish memeluknya dengan rangkulan kasar. Haris tidak dapat bernafas.
“Tolonglah, ak-aku tak suke ko ar!!Hoii..TAK RETI KE AR!!Aku cakap aku
tak suke engkau..sial!”
Farish
menampar muka Haris Zalman. Titisan air mata itu basah di telapak tangannya.
“Ko nak cakap ape lagi ha? Asyraff dah takde. Dia dah
lupakan engkau la gayboy!”
Farish menambah tahap pelukan itu
dengan kekasaran. Haris cuba melepaskan diri namun tubuh Farish yang juga
berotot itu tidak mudah untuk dilawan oleh kudratnya. Haris terimbas kenangan
hitam di kolej. Dia tercari-cari disekelilingnya. Entah dimana agaknya dia
berada. Seperti di suatu padang pasir yang terbentang luas. Hanya dia dan si
bedebah bernafsu itu disitu.
“Eh!
Lepaskan aku! Aku dimana ni..tadi..tadi” Haris menyedari situasi anehnya.
“Ha Ha!
Habislah engko aku kerjakan lagi kat sini. Inilah territorry aku Ris! Nobody
can help you. Nobody can touch you like I DO!”
Farish memusing tubuh Haris dan mencengkam dagunya. Satu ciuman paksa di
berikan pada bibir merah Haris. Haris terkapai-kapai di atas ketandusan padang
pasir itu. Betulkah ni. Tolonglah aku. Isi hatinya berkata. Tiba-tiba,
“Lepaskan dia! Jahanam!”
Suara garau itu memecah bunyi
desiran pasir yang bergelimpangan di sekeliling. Sangat dikenali suara itu
olehnya. Mungkinkah? Haris Zalman berpaling dari ciuman nafsu Farish. Kelihatan
Asyraff berlari padanya.
“ASYRAFF!.. ABANGGG!”
…
“Abangg!” Dia terbangun. Kedengaran
jeritan itu di telinganya. Suaranya sendiri. Keringat membasahi dahinya. Di
amatinya sekeliling. Itu biliknya. Bantalnya basah ekoran peluh yang melimpah.
Tubunya terasa seram sejuk.
“Astaghfirullah.” Lafaz kalimah
suci itu keluar dari bibirnya. Haris menutup mata dan beristighfar diatas mimpi
itu. Hanya igauan tidur di siang hari. Meremang bulu romanya.
“Ris? Haris?
Apa hal ko ni?” Kedengaran ibunya berlari-lari anak ke biliknya.
“Eh! Mak, takde mak..Ha- Haris mimpi.”
“Ya ampun
nak, itulah mak selalu pesan dekat Ris, jangan selalu tidur siang nak, ha kan
dah mimpi”
“Ye mak. Haris minta ampun. Tadi terlena sikit,”
“Ishh kamu
ni, dah pergi basuh muka tu, mak nak masak, kejap lagi abah balik. Nanti makan
sama.”
Setelah ibunya berlalu ke dapur, Haris bangkit untuk pergi membasuh
wajahnya. Basah dek peluh dalam mimpi tersebut. Apa pulak yang melanda kali
ini, fikirnya. Dia cuba untuk menenangkan lagi hatinya. Istighfar itu masih
diucapkan dalam hati. Dia cuba mencari rasionalnya. Berfikiran positif. Ya
Tuhan, cukuplah apa yang telah dialami dan dirasai sebelum ini. Tidak sanggup
jika tidurnya diganggu juga dengan mimpi yang berpanjangan. Semoga ada
hikmahnya yang bersembunyi disebalik tabir kekacauan jiwanya. Seketika
kemudian, sedang Haris mengelap wajahnya dari air basahan, kedengaran bunyi
enjin motor di luar rumah. Enjin motor itu berhenti. Suara ibunya membuka
persoalan siapa pula yang datang kali ini. Mungkinkah pemuda kampung ingin
member kad jemputan atau satu lagi panggilan kenduri. Ibunya berkata-kata
mempersoalkan. Ibunya segera ke ruang depan. Masih berada di dalam bilik mandi,
Haris tidak menghiraukan siapakah yang mengunjung. Tidak terlintas di fikiran
akan gerangan itu. Gerangan yang bakal memberi kejutan buat dirinya sendiri.
Asyik wajahnya itu di keringkan dengan tuala mandinya. Semoga ada hikmahnya
disebalik ini semua. Kedengaran satu suara memberikan ucapan salam. Minda Haris
seakan-akan memberikan bayangan. Satu bayangan yang tidak pasti namun kepastian
bakal terjadi. Suara itu. Dia teringat suara itu dalam mimpinya sebentar tadi.
Ah! Tidak mungkin! Itu mimpi bukan reality katanya. Samar-samar suara
ibunya di dengari. Haris cuba mendengar disebalik pintu bilik mandi itu.”It
can’t be..”
“Oh Haris.
Ada. Dia ada kat dalam. Nak jumpa ke?”
“Ya makcik. Kalau tak keberatan, saya berhajat nak jumpa dengan dia
sekejap.”
Subhanallah. Degupan jantungnya amat kencang. Itu dia. Si dia. Dia bukan
orang lain. Gerangan itu. Suara itu. Empunya suara itu datang. Tidak. Apakah
ini semua? Haris cuba mententeramkan hatinya yang bertambah tidak menentu. Apa yang harus aku
buat? Bisik hatinya.
“Masuklah
nak. Kejap makcik panggilkan dia, masuklah.”
Kedengaran
lagi ibunya mempelawa suara itu dan empunya suara itu masuk. Haris menarik
nafas sedalam-dalamnya.
“Ya Tuhanku,
kuatkan semangat hambaMu ini Ya Rabbi” Doa hatinya.
“Haris, Oh
Ris! Ni ada kawan datang nak jumpa ni.” Jerit ibunya memanggil.
Oh tidak!Kenapa pula dia datang ke sini. Persoalan itu seakan-akan satu
persoalan yang tidak ingin ditanya sebab dia sungguh menginginkan diri
kekasihnya. Namun apa yang perlu di katakan lagi, Haris sendiri tidak pasti.
Setelah menyidai tuala di ampaian kayu bersebelahan dengan tikar sejadahnya,
sempat lagi dilihat imej Kaabah disitu. Satu doa kecil di ucapkan dihatinya. Ya
Tuhan, kuatkan hatiku. Dia bakal bersemuka dengannya. Ke-kekasihnya. Bekas. Ex.
Adakah dia datang sebagai kawan? Ex-kekasih?
Pengunjung? Yang mana satu gerangan itu tidak pasti bagi Haris. Dia keluar dari
bilik dan melangkah ke ruang tamu.
Beberapa langkah yang perlahan membawanya ke arah dia.
Haris tercegat tatkala melihat Asyraff Joe Arfaz duduk di kerusi itu.
Kedua-dua tapak tangannya digenggam bertemu antara satu sama lain. Dia
memerhatikannya dalam diam. Tidak terucap apa-apa. Asyraff membuka jari
jemarinya dan menutupnya kembali dan menyimpulkan semula jemari itu. Kelihatan
dia seperti berfikir sesuatu. Tentulah ada yang bermain di mindanya. Pasal
Haris. Jari itu pernah memberikan kebahagiaan pada Haris. Asyraff tunduk
merenung ke atas karpet. Berseluar jeans biru lusuh dan berjaket kulit hitam. Rambut
hitamnya sedikit kusut. Namun kelihatan telah dipotong ala crewcut di
tepi seperti hairstyle yang kekasihnya ini gemari. Bekas kekasih. Nampak
cool katanya dahulu. Itu dahulu. Minda Haris menghantar signal dan
sinaps membayangkan imej dihadapannya. Helmetnya berada di atas kusyen
disebelah kerusi tempat dia duduk. Asyraff menarik nafas dan menyandarkan
belakangnya pada kerusi. Dia mengangkat wajahnya. Melihat Haris Zalman.
Salam, hi :-)
ReplyDeletesuka layan cerita bro ni, tapi macam mana nak contact bro? Berkenalan ke? Amacam?
perghhh..akhirnya kembali jua..
ReplyDeletemana menghilang ni?? alb2 apa cer bro??
harap sentiasa sihat sejahtera hendak-Nya..
gulp,ape akn jd lps ni ea .. ak hrpkn yg trbaek ntuk dorg.. (hehe... excited sgt2 nk tahu ape jd seterusnye..) hri ni ak jmpe blog ni,hri ni juge ak bce kesemua cerita.. seriously ,u go the talent to write gay story Muscleguy30.. hurm,sye hrp awak bleh teruskn citer ni ea.. jgn lupe update citer ni kt sye: ice87234@gmail.com..
ReplyDelete