Wednesday 3 July 2013

Episod #23 Siri "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"

     Haris Zalman terdiam dengan lafaz tersebut. Dia cuba untuk tidak mempercayai apa yang baru sahaja disebut oleh Asyraff. Air matanya masih menitis.

"Dah tu..shh..dah..dah..nanti ibu awak keluar tengok awak nangis macam ni apa pulak dia kata.."

     Asyraff menenangkan pasangannya itu. Hatinya sendiri pun bergolak. Apa yang diceritakan oleh Haris sebentar tadi telah menambahkan amarahnya terhadap apa yang berlaku. Dia cuba beristighfar, sebab bukan tempat dan masanya untuk tindakan wajar dilakukan untuk memperbetulkan keadaaan. Hari ini, dia telah mengetahui cerita disebalik perubahan drastik hati Haris terhadap dirinya. Terhadap perasaannya. Terhadap perkenalan mereka. Dia tahu, takkanlah dia hendak berniat melupakan Haris begitu saja setelah apa yang dia telah rasakan terhadap perkenalan itu dan setelah apa yang Haris beri padanya untuk cuba mengenali erti kasih sayang sekali lagi. Dia patut membantu Haris. Dia tahu Haris berada dalam dilema yang amat dalam. Sedalam yang mungkin. Jika ingin difikirkan bakal memusnahkan perasaannya terhadap Asyraff. Dia masih rasa ada kasih dan sayang pada dirinya untuk Haris. Melihat wajah cerianya yang telah berubah ekoran titik hitam dek perlakuan gerangan Farish itu tidaklah senang untuk Asyraff lupakan. Sekali lagi, bukulalinya di genggam, namun jiwa lelakinya tetap tenang mengawal suasana serta perasaaan.

"Assalamualaikum!"

      Kedengaran suara Hj. Taufik memecah lamunan Asyraff pada wajah Haris dan Asyraff menoleh ke muka pintu. Haris pula cepat-cepat mengesat air mata dengan bajunya dan bangkit sambil menjawab salam dari ayahnya.

"Waalaikumsalam..abah dah balik.."
Haji Taufik kelihatan sedikit penat setelah melawat ladang kelapa sawitnya tidak jauh dari belakang rumah.
    "Ha..itulah..sejak abang kamu dapat kerja tuh, abah lah yang kena urus banyak benda dengan perihal ladang tu..emm..eh..motor siapa pulak tu?"
Haji Taufik bertanya.
"Oh..tu motor kawan Haris bah..dia datang jenguk Haris.."
     "Oh ye ke..mana dia?"
Haji Taufik meneruskan langkah naik ke rumah dan melihat Asyraff yang sedang berdiri dan bergerak kearahnya sambil menghulurkan jabat salam tanda hormat.

Haris memperkenalkan Asyraff kepada ayahandanya.
"Abah,...ni kawan Haris bah,..Asyraff..Asyraff, ini ayah saya,,Haji Taufik."

"Apa khabar pakcik, saya Asyraff kawan kepada Haris dari kampus."
     "Oh, kawan Haris..bila sampai? Tadi lagi?"
"Ya tadi lagi pakcik..saya saja datang jenguk Haris kat sini sebab..dah lama tak hirup udara kat kampung."
     "Oh begitu..ha duduklah..pakcik dari ladang tadi.."
"Ya terima kasih pakcik.." Asyraff pun duduk semula setelah Haji Taufik mempelawanya.

Haji Taufik duduk sambil mengucapkan lafaz istighfar ekoran kepenatan yang dirasai. Haris duduk bersebelahan ayahandanya dan Asyraff pula di kerusi bertentangan.

"Abah..janganlah teruk sangat kerja kat ladang...kan ada pekerja kat situ tolong abah.."
Haris berkata.
     "Alah...bukannya apa pun..sejak abang kamu dapat kerja abah dah takde nak suruh sapa-sapa nak gi jenguk pekerja-pekerja tu..lagipun dapat abah isi masa siang-siang gi tengok hasil ladang.."
"Emm..kesihatan abah kena jaga juga..doktor kan cakap kena banyakkan rehat kat umah.."
Haris menambah lagi. Melihat interaksi mereka berdua, Asyraff cuma mampu tersenyum. Dia dapat melihat raut wajah Haris yang berubah kepada sedikit kerisauan tatkala menegur perlahan ayahandanya. Dia tahu dia masih ada perasaan terhadap Haris Zalman lagi.

"Emm..Asyraff ni..tahun berapa? Satu kursus ke dengan Haris ni?" Haji Taufik cuba bertanya.
     "Saya tahun akhir pakcik..satu kampus dengan Haris. Saya dah kenal Haris lama juga..emm..kami berlainan kursus cuma kolej kediaman kami tu..berdekatan..tu yang biasa jumpa tu kat kampus.."
Asyraff menjelaskan.
"Oh begitu..kamu orang mana?"
     "Saya dari Kuala Lumpur pakcik..emm ..keluarga saya dari sana..ni saya saja datang ke kampung sebab dah lama tak rasa suasana kampung macam ni..biasa balik kampung time cuti raya saja..lagipun ni tengah cuti semester tu yang dapat peluang ke kampung..kenal pulak dengan Haris ni..tu yang saya datang sini.."

     Sepanjang penjelasan Asyraff itu, Haris cuma mampu tunduk. Dia rasa malu sedikit. Mungkin yalah, ayahandanya takkan perlu tahu perasaan dia terhadap Asyraff pula. Penjelasan itu bernas sekali. Haris agak tersipu-sipu malu. Hatinya berbisik sesuatu yang..indah. Sesuatu yang ikhlas. Sesuatu yang seolah-olah dia mampu lupakan apa yang telah terjadi dan boleh mengubah perhubungan mereka ke arah yang lagi elok. Dia mengangkat muka ke arah Asyraff dan mencuri pandangan di raut wajah Asyraff itu. Asyraff sempat menangkap pandangan tersebut sambil tersenyum.

"Abah,..emm Asyraff ni memang kawan..Haris. Masa nak exam dulu..kami study sama juga..emm Asyraff ni bah pelajar yang cemerlang dan baru buat pembentangan di luar kampus.." Entah kenapa, Haris tiba-tiba menambah sedikit tentang dirinya. Ah! dia cuba tidak fikir apa-apa yang penting. Hanyalah sekadar menambah ayat agar ayahandanya lebih mengenali siapa Asyraff.

"Oh..Subhanallah,..bagus tu.." Jawab Haji Taufik, lalu menambah.
"Er..kamu bawa motor dari universiti datang sini ke?Jauh tu..Pakcik nampak ada beg atas motor..emm kamu nak balik ke Kuala Lumpur ke lepas ni?.."

     Pertanyaan Haji Taufik mengingatkan Asyraff yang dia sebenarnya ingin duduk berdekatan dengan Haris untuk beberapa hari di daerah kampung itu. Dia perlu mencari sebuah tempat penginapan sementara agar dia dapat berada disitu..Dekat dengan Haris..Dekat dengan..hatinya. Dekat dengan..kekasihnya..

"Oh ya pakcik..saya bercadang nak jenguk-jenguk kampung juga untuk beberapa hari. Tu saya cadang nak duduk kat hotel kat bandar tu...emm lagi pun saya berharap yang Haris..dapat menemani saya tengok suasana kampung.."

Pada ketika itu, ibu Haris, keluar membawa dulang dengan minuman panas. Minuman dihidangkan sambil berkata,

"Hotel kat bandar tu nak,..mahal..kenapa kamu tak duduk saja disini?..Bilik Haris tu besar..tidur saja disitu. Lagipun kan tengah cuti semester..boleh kamu bersiar-siar di kampung ni.."

Jawapan Asyraff dan cadangan ibunya membuatkan Haris memberikan satu pandangan yang sedikit terkejut pada wajah Asyraff. Wajah Asyraff mengukir senyuman padanya. Aduh! apakah yang kurasakan ini. Aduh! seolah-olah aku terperangkap pula. Aduh! wajah itu dengan senyumannya mencairkan. Benak bisikan hati Haris. Haris cuba untuk berkata sesuatu kerana kekok ..dirasakan pada ketika itu. Senyuman Asyraff. Ah!

"Eh! stay hotel?..emm baik kamu duduk saja disini untuk beberapa hari..haa jimat duit kamu daripada nak tempah rumah penginapan kat bandar..Hariskan ada ni..dia boleh bawa kamu tengok suasana kampung juga.." Haji Taufik menambah penjelasan sambil menghirup air kopi yang dihidangkan.

Aduh! Hatinya berdebar-debar pula. Kencang. Adakah gelora suka atau..keliru..dia tidak mengerti. Jawapan ayahandanya betul-betul memberi kejutan yang tidak disangka oleh Haris sendiri. Asyraff pula berkata,

"Eh! Em,..pakcik terima kasih. Saya pun datang nak jenguk Haris saja..malulah saya nak duduk disini pulak..takpe saya boleh cari hotel. Tadi dalam perjalanan ke sini dah tengok dah satu kat bandar tu.."
    "Ahhh!! Tak usah..Pakcik cakap..kamu boleh duduk sini je..lagipun kamu kan kawan si Haris ni..haa..senanglah kamu nak rasa suasana kampung setiap saat..apa pulak nak duduk jauh-jauh tu..duduk saja disini. Haris, jemputlah kawan ni ..takpa..emm duduk sini je. Kesian kamu..datang dari jauh.." Ayah Haris menjelaskan lagi dengan kukuh. Ibunya pula mengangguk senyum dan setuju.

     Haris hanya mampu bisa tunduk ...tiada kata untuk melawan cakap ayahandanya. Dia tahu tatkala jika ayahandanya berkata dengan penjelasan yang dirasakan tiada salahnya, tiada siapa dapat menyangkal. Itulah Haji Taufik, seorang yang tegas tapi penyayang orangnya. Aduh! Abang Asyraff akan duduk sini. Hatinya berbisik. Degupan hatinya terasa...laju..selaju yang mampu di kejari. Tidak lagi sedih..Tapi bangkit lagi. Haris hanya mampu berkata.

"Em..baiklah bah.."

     Haris memberikan pandangan raut wajah kelirunya pada Asyraff yang disambut dengan senyuman lebar oleh Asyraff Joe Arfaz. Aduh! Sekali lagi senyuman itu menabur bibit-bibit perasaan yang disangka telah hilang selama ini..namun..Haris sendiri cuba mengikhlaskan tujuan Asyraff datang menjenguknya. Ada betulnya juga cadangan ayahandanya. Dia akur. Hatinya akur..Takdir menemukan Asyraff padanya sekali lagi.





4 comments:

  1. xsbar nk bace next episod XD

    ReplyDelete
  2. Tersenyum sorang sorang baca episod ni, hehe. Can't wait for the next episode, good job bro alb!;)

    ReplyDelete
  3. me too. ..cant wait fr de next episode! alb,chaiyok2... hehe

    ReplyDelete
  4. Mardi Gras Casino and Resort - DRMCD
    Located in the heart of the 보령 출장마사지 Las Vegas Strip, Mardi 제주 출장마사지 Gras Casino and 밀양 출장마사지 Resort features three hotel towers - The Guitar Hotel, The 군산 출장마사지 LINQ Promenade, The 목포 출장안마 LINQ

    ReplyDelete