Friday, 5 July 2013

Episod #24 "Siri Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"



“Assalamualaikum…”

     Satu lagi ucapan salam di berikan ke kiri dengan nada yang sayu untuk melengkapkan solat Zohor itu. Asyraff Joe Arfaz mensyukuri apa yang dia rasakan. Alhamdulillah, keluarga Haris menerima kunjungannya yang tidak seberapa itu ke dalam rumah mereka. Dia bersyukur. Walau apa yang telah berlaku, dia bersyukur. Dia berasa tenang setelah Haris Zalman seakan-akan dapat menerima dirinya kembali paling tidak pun..sebagai temannya. Sebagai seorang saudaranya kalau bukan lagi kekasih. Kekasih?..semoga yang baik-baik sahaja di anggapnya.

     Setelah Haji Taufik mengizinkan Asyraff untuk tinggal di rumah itu, Asyraff tersipu-sipu malu. Dia teringat saat-saat melihat wajah Haris Zalman yang agak keliru sedikit tatkala ayahandanya membenarkan Asyraff untuk bermalam disitu. Haris hanya mampu mengiyakan. Setelah perbualan yang agak rancak di ruang tamu, ibu Haris menyuruhnya untuk menjemput Asyraff membawa beg pakaiannya ke dalam bilik dan bersiap-siap untuk makan bersama-sama. Haji Taufik pula ingin merehatkan badannya sejenak di dalam bilik. Sempat juga dia berpesan agar senja nanti mereka semua dapat solat bersama-sama untuk Maghrib di ruang tamu. Apabila waktu Zohor tiba, Asyraff bertanya samada Haris nak bersolat sama. Dia bersetuju. Untuk masa itu, mereka berdua hanya dapat menunaikan solat dalam bilik Haris. Haris juga menyatakan yang biasanya waktu Maghriblah yang keluarga mereka sering bersolat sama-sama. Tikar yang bersih dibentangkan. Haris berdiri di belakang Asyraff..dan kewajipan di susun atur tertib. Hati Haris sebenarnya…bersyukur. Bersyukur adanya kunjungan Asyraff di rumahnya, malah..di dalam biliknya.

     Setelah zikir di lafazkan, Asyraff menoleh ke belakang. Dilihat, Haris Zalman sedang melihat ke luar tingkap. Lamunan. Mungkin dia masih tidak dapat menerima keadaan gerangan dirinya di rumah itu, di dalam biliknya, di atas tikar sejadahnya dan inikan pula mengetuai solat sebentar tadi. Kelihatan Haris sungguh tampan bersongkok tetapi raut itu di lemparkan keluar tingkap. Dia ingin kembali wajah itu menjadi miliknya. Asyraff berkata perlahan,

“Abang…minta maaf jika kedatangan ini tidak diingini mahupun di senangi awak..Ris..abang juga mohon ampun jika abang tak layak berada dengan kamu dalam solat ini..”

     Haris Zalman seperti terkejut dengan kata-kata itu. Lamunannya terhenti. Dia memandang Asyraff. Dia memberikan semula fokus terhadap Asyraff, yang tadi telah mengetuai solat itu. Dia perlu tolak tepi perasaan yang bercampu-baur. Mereka sedang berjemaah. Dia masih perlu menghormati Asyraff sebagai teman..teman solat itu. Dia berkata,

“Eh..apa abang cakap ni? Saya ..saya berterima kasih abang sanggup datang tengok saya ..saya tak sangka..saya..Ris ok bang, saya berterima kasih abang sudi jadi imam tadi. Paling tidak, kita dapat pahala banyak dengan solat berjemaah ni kan, saya tak sangka abang..ada kat sini..dalam bilik saya..saya..” Kata-katanya di pintas oleh Asyraff dengan nada perlahan dan membuatkan senyuman terukir di bibir Asyraff.

“Terima kasih..abang ucapkan..mungkin ini takdir Tuhan..biarlah paling tidak pun kita solat untukNya kan?..terima kasih sebab menjemput abang masuk ke rumah ini..terima kasih juga sebab keluarga Ris sudi…menjemput abang untuk bermalam disini..abang terharu..”

“Abang..saya mohoon maaf kalau saya terlalu mengikut perasaan..apa yang terjadi kat saya..emm..saya..” Haris terhenti dengan suara yang agak terketar-ketar kearah tangisan lagi dan Asyraff cepat-cepat memegang erat tangan rakan solatnya itu..lalu berkata,

“Eh..jangan nangis..! Kita sedang bersolat ni..kita minta doa banyak-banyak. Abang akan bantu kamu…dah..sabar k..please..Ris..kuatkan semangat kamu..untuk diri kamu..untuk solat ini..please..”

     Kata-kata Asyraff membuatkan wajah Haris sedikit bersemangat kembali. Dia mengesat air mata itu dengan lengan baju melayu yang dipakai. Dia hargai saat itu. Tidak sangka. Asyraff, seorang yang tenang, penyabar..dan masih ingin membantunya. Bersamanya. Jika dilupakan apa yang telah terjadi keatasnya, dia masih ingin meneruskan keikhlasan mengenali diri Asyraff dengan seadanya mungkin.

     Asyraff memberikan suatu senyuman pada Haris. Dia menarik nafas menambahkan ketenangan untuk memimpin doa. Dia berpaling semula ke hadapan ke arah solat yang sah. Tangan ditadahkan. Doa dibacakan. Haris mengaminkan setiap ayat. Dia menitiskan air mata tanpa..disedari..

      Mungkin semua ini satu …peluang baru..suatu ujian bagi Haris. Suatu langkah berani untuknya. Dia mesti mempercayainya. Keikhlasan itu sangat berharga walau untuk apa jua sekalipun agar kearah kebaikan dan penambahbaikan. Kelopak matanya ditutup, mendengar ucapan dan lafaz suci kalimah Tuhan yang dibacakan oleh Asyraff. Sungguh lancar sekali. Inilah kali pertama mereka bersolat berdua. Dia sangat hargai saat itu. Haris Zalman melafazkan di akhir ayat doanya..

“..Amin”

Wednesday, 3 July 2013

Episod #23 Siri "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"

     Haris Zalman terdiam dengan lafaz tersebut. Dia cuba untuk tidak mempercayai apa yang baru sahaja disebut oleh Asyraff. Air matanya masih menitis.

"Dah tu..shh..dah..dah..nanti ibu awak keluar tengok awak nangis macam ni apa pulak dia kata.."

     Asyraff menenangkan pasangannya itu. Hatinya sendiri pun bergolak. Apa yang diceritakan oleh Haris sebentar tadi telah menambahkan amarahnya terhadap apa yang berlaku. Dia cuba beristighfar, sebab bukan tempat dan masanya untuk tindakan wajar dilakukan untuk memperbetulkan keadaaan. Hari ini, dia telah mengetahui cerita disebalik perubahan drastik hati Haris terhadap dirinya. Terhadap perasaannya. Terhadap perkenalan mereka. Dia tahu, takkanlah dia hendak berniat melupakan Haris begitu saja setelah apa yang dia telah rasakan terhadap perkenalan itu dan setelah apa yang Haris beri padanya untuk cuba mengenali erti kasih sayang sekali lagi. Dia patut membantu Haris. Dia tahu Haris berada dalam dilema yang amat dalam. Sedalam yang mungkin. Jika ingin difikirkan bakal memusnahkan perasaannya terhadap Asyraff. Dia masih rasa ada kasih dan sayang pada dirinya untuk Haris. Melihat wajah cerianya yang telah berubah ekoran titik hitam dek perlakuan gerangan Farish itu tidaklah senang untuk Asyraff lupakan. Sekali lagi, bukulalinya di genggam, namun jiwa lelakinya tetap tenang mengawal suasana serta perasaaan.

"Assalamualaikum!"

      Kedengaran suara Hj. Taufik memecah lamunan Asyraff pada wajah Haris dan Asyraff menoleh ke muka pintu. Haris pula cepat-cepat mengesat air mata dengan bajunya dan bangkit sambil menjawab salam dari ayahnya.

"Waalaikumsalam..abah dah balik.."
Haji Taufik kelihatan sedikit penat setelah melawat ladang kelapa sawitnya tidak jauh dari belakang rumah.
    "Ha..itulah..sejak abang kamu dapat kerja tuh, abah lah yang kena urus banyak benda dengan perihal ladang tu..emm..eh..motor siapa pulak tu?"
Haji Taufik bertanya.
"Oh..tu motor kawan Haris bah..dia datang jenguk Haris.."
     "Oh ye ke..mana dia?"
Haji Taufik meneruskan langkah naik ke rumah dan melihat Asyraff yang sedang berdiri dan bergerak kearahnya sambil menghulurkan jabat salam tanda hormat.

Haris memperkenalkan Asyraff kepada ayahandanya.
"Abah,...ni kawan Haris bah,..Asyraff..Asyraff, ini ayah saya,,Haji Taufik."

"Apa khabar pakcik, saya Asyraff kawan kepada Haris dari kampus."
     "Oh, kawan Haris..bila sampai? Tadi lagi?"
"Ya tadi lagi pakcik..saya saja datang jenguk Haris kat sini sebab..dah lama tak hirup udara kat kampung."
     "Oh begitu..ha duduklah..pakcik dari ladang tadi.."
"Ya terima kasih pakcik.." Asyraff pun duduk semula setelah Haji Taufik mempelawanya.

Haji Taufik duduk sambil mengucapkan lafaz istighfar ekoran kepenatan yang dirasai. Haris duduk bersebelahan ayahandanya dan Asyraff pula di kerusi bertentangan.

"Abah..janganlah teruk sangat kerja kat ladang...kan ada pekerja kat situ tolong abah.."
Haris berkata.
     "Alah...bukannya apa pun..sejak abang kamu dapat kerja abah dah takde nak suruh sapa-sapa nak gi jenguk pekerja-pekerja tu..lagipun dapat abah isi masa siang-siang gi tengok hasil ladang.."
"Emm..kesihatan abah kena jaga juga..doktor kan cakap kena banyakkan rehat kat umah.."
Haris menambah lagi. Melihat interaksi mereka berdua, Asyraff cuma mampu tersenyum. Dia dapat melihat raut wajah Haris yang berubah kepada sedikit kerisauan tatkala menegur perlahan ayahandanya. Dia tahu dia masih ada perasaan terhadap Haris Zalman lagi.

"Emm..Asyraff ni..tahun berapa? Satu kursus ke dengan Haris ni?" Haji Taufik cuba bertanya.
     "Saya tahun akhir pakcik..satu kampus dengan Haris. Saya dah kenal Haris lama juga..emm..kami berlainan kursus cuma kolej kediaman kami tu..berdekatan..tu yang biasa jumpa tu kat kampus.."
Asyraff menjelaskan.
"Oh begitu..kamu orang mana?"
     "Saya dari Kuala Lumpur pakcik..emm ..keluarga saya dari sana..ni saya saja datang ke kampung sebab dah lama tak rasa suasana kampung macam ni..biasa balik kampung time cuti raya saja..lagipun ni tengah cuti semester tu yang dapat peluang ke kampung..kenal pulak dengan Haris ni..tu yang saya datang sini.."

     Sepanjang penjelasan Asyraff itu, Haris cuma mampu tunduk. Dia rasa malu sedikit. Mungkin yalah, ayahandanya takkan perlu tahu perasaan dia terhadap Asyraff pula. Penjelasan itu bernas sekali. Haris agak tersipu-sipu malu. Hatinya berbisik sesuatu yang..indah. Sesuatu yang ikhlas. Sesuatu yang seolah-olah dia mampu lupakan apa yang telah terjadi dan boleh mengubah perhubungan mereka ke arah yang lagi elok. Dia mengangkat muka ke arah Asyraff dan mencuri pandangan di raut wajah Asyraff itu. Asyraff sempat menangkap pandangan tersebut sambil tersenyum.

"Abah,..emm Asyraff ni memang kawan..Haris. Masa nak exam dulu..kami study sama juga..emm Asyraff ni bah pelajar yang cemerlang dan baru buat pembentangan di luar kampus.." Entah kenapa, Haris tiba-tiba menambah sedikit tentang dirinya. Ah! dia cuba tidak fikir apa-apa yang penting. Hanyalah sekadar menambah ayat agar ayahandanya lebih mengenali siapa Asyraff.

"Oh..Subhanallah,..bagus tu.." Jawab Haji Taufik, lalu menambah.
"Er..kamu bawa motor dari universiti datang sini ke?Jauh tu..Pakcik nampak ada beg atas motor..emm kamu nak balik ke Kuala Lumpur ke lepas ni?.."

     Pertanyaan Haji Taufik mengingatkan Asyraff yang dia sebenarnya ingin duduk berdekatan dengan Haris untuk beberapa hari di daerah kampung itu. Dia perlu mencari sebuah tempat penginapan sementara agar dia dapat berada disitu..Dekat dengan Haris..Dekat dengan..hatinya. Dekat dengan..kekasihnya..

"Oh ya pakcik..saya bercadang nak jenguk-jenguk kampung juga untuk beberapa hari. Tu saya cadang nak duduk kat hotel kat bandar tu...emm lagi pun saya berharap yang Haris..dapat menemani saya tengok suasana kampung.."

Pada ketika itu, ibu Haris, keluar membawa dulang dengan minuman panas. Minuman dihidangkan sambil berkata,

"Hotel kat bandar tu nak,..mahal..kenapa kamu tak duduk saja disini?..Bilik Haris tu besar..tidur saja disitu. Lagipun kan tengah cuti semester..boleh kamu bersiar-siar di kampung ni.."

Jawapan Asyraff dan cadangan ibunya membuatkan Haris memberikan satu pandangan yang sedikit terkejut pada wajah Asyraff. Wajah Asyraff mengukir senyuman padanya. Aduh! apakah yang kurasakan ini. Aduh! seolah-olah aku terperangkap pula. Aduh! wajah itu dengan senyumannya mencairkan. Benak bisikan hati Haris. Haris cuba untuk berkata sesuatu kerana kekok ..dirasakan pada ketika itu. Senyuman Asyraff. Ah!

"Eh! stay hotel?..emm baik kamu duduk saja disini untuk beberapa hari..haa jimat duit kamu daripada nak tempah rumah penginapan kat bandar..Hariskan ada ni..dia boleh bawa kamu tengok suasana kampung juga.." Haji Taufik menambah penjelasan sambil menghirup air kopi yang dihidangkan.

Aduh! Hatinya berdebar-debar pula. Kencang. Adakah gelora suka atau..keliru..dia tidak mengerti. Jawapan ayahandanya betul-betul memberi kejutan yang tidak disangka oleh Haris sendiri. Asyraff pula berkata,

"Eh! Em,..pakcik terima kasih. Saya pun datang nak jenguk Haris saja..malulah saya nak duduk disini pulak..takpe saya boleh cari hotel. Tadi dalam perjalanan ke sini dah tengok dah satu kat bandar tu.."
    "Ahhh!! Tak usah..Pakcik cakap..kamu boleh duduk sini je..lagipun kamu kan kawan si Haris ni..haa..senanglah kamu nak rasa suasana kampung setiap saat..apa pulak nak duduk jauh-jauh tu..duduk saja disini. Haris, jemputlah kawan ni ..takpa..emm duduk sini je. Kesian kamu..datang dari jauh.." Ayah Haris menjelaskan lagi dengan kukuh. Ibunya pula mengangguk senyum dan setuju.

     Haris hanya mampu bisa tunduk ...tiada kata untuk melawan cakap ayahandanya. Dia tahu tatkala jika ayahandanya berkata dengan penjelasan yang dirasakan tiada salahnya, tiada siapa dapat menyangkal. Itulah Haji Taufik, seorang yang tegas tapi penyayang orangnya. Aduh! Abang Asyraff akan duduk sini. Hatinya berbisik. Degupan hatinya terasa...laju..selaju yang mampu di kejari. Tidak lagi sedih..Tapi bangkit lagi. Haris hanya mampu berkata.

"Em..baiklah bah.."

     Haris memberikan pandangan raut wajah kelirunya pada Asyraff yang disambut dengan senyuman lebar oleh Asyraff Joe Arfaz. Aduh! Sekali lagi senyuman itu menabur bibit-bibit perasaan yang disangka telah hilang selama ini..namun..Haris sendiri cuba mengikhlaskan tujuan Asyraff datang menjenguknya. Ada betulnya juga cadangan ayahandanya. Dia akur. Hatinya akur..Takdir menemukan Asyraff padanya sekali lagi.





Friday, 21 June 2013

Episod #22 Siri "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"



Terdiam.

    Itu sahaja yang mampu dilakukan. Sepasang mata yang tidak diketahui apa erti pandangan itu dilemparkan pada wajah Haris Zalman yang hanya tunduk membisu dan pada ketika itu melihat keluar tingkap. Cuba mengelak dari bersemuka dengan wajah di hadapannya. Wajah kekasih. Ah! Bukan lagi kekasihnya. Apa lagi yang tinggal? Itu benak hatinya berkata namun degupan jantung itu tidak menipu.
“Haris?..Cuba pandang sini Ris..please..pandang muka abang ni kejap..please.”

    Asyraff yang dari tadi membaca air muka kekasihnya itu. Sejak tangan dihulurkan untuk bersalam dengannya sehinggalah dia duduk di kerusi itu, Haris tidak langsung pun mengangkat mukanya untuk membalas pandangan wajah Asyraff Joe Arfaz.

“Ke..em..ke..kenapa datang sini? Camner bisa tau..yang..saya balik kampung?” Persoalan itu keluar dari mulutnya. Bibir Haris terketar-ketar sedikit bertanyakan soalan itu seolah-olah seorang  yang bersalah yang telah ditangkap atas keasalahan yang dilakukan. Ah! Dia tidak bersalah dalam persoalan mahupun hal ini. Apa salah ku? Benak hati Haris lagi. Pokok-pokok di luar tingkap amat diamatinya sekadar untuk tidak berhadapan dengan wajah pemuda dihadapan itu. Dia tidak mahu melihat Asyraff. Dia seakan-akan mahu menolak wajah itu dari melihatnya. Daripada merenung perasaannya.

    Asyraff menarik nafas sedalam yang mungkin. Suaranya ditenangkan semula lalu dengan nada yang rendah dia berkata,

“Apa yang berlaku ni Ris? Saya call awak, awak tak angkat. Sms saya awak tak jawab. Sebaik saja abang balik dari pembentangan dengan pensyarah aritu,..terus je nak jumpa awak. Awak tau tak?..Ya, abang tahu, abang salah. Abang mohon maaf. Tapi kenapa ni Ris? Apa salah abang? Abang terus ke kolej awak, awak tak ada pulak. Bilik gelap je. Abang pergi ke pejabat kolej tanya kerani kat situ. Mujur akak tu ada simpan salinan rekod residens. Abang tanya dan tanya mereka. Dari situlah abang tau alamat kampung awak. Abang terus balik bilik kemas baju..tanpa fikir panjang abang naik motor. Abang tak nak kehilangan kamu..Kamu tau kan yang abang..abang sayangkan kamu? Ris..to-tolong pandang..pandanglah muka abang..please..abang bercakap kat awak kan..please..

    Ayat dihujung baris ucapan pembukaan itu memecah kesunyian dalam hatinya dengan tiba-tiba. Sunyi. Bukan itukah yang harus dirasakan oleh Haris?Kenapa perlu Asyraff datang ke situ? Apa lagi yang ingin dikatakan olehnya? Tiada lagi yang tinggal untuknya. Kesunyian yang harus dihadapinya kini. Dia tidak ingin membabitkan Asyraff. Apa yang terjadi telah bersejarah. Apa lagi yang tinggal? Apa dayanya untuk menjawab persoalan jejaka yang sanggup datang dari jauh berjumpa dengannya. Oh sungguh hampa dan gundah dia merasa. Cukup bersalah pula di hatinya. Asyraff tidak patut datang menjenguknya.


    Haris tunduk lagi ke bawah, melihat karpet bercorak bunga-bungaan yang menjadi hamparan ruang tamu rumahnya. Air mata terasa panas di tepi matanya. Asyraff sekali lagi memohon dengan nada suara seorang lelaki yang ..merayu. Sayu. Sungguh sayu sekali.
“Pandang sini Ris…sayang..?”

     Perkataan dihujung ayat permohonan itu menambah degupan hatinya. Seolah-olah mendesak kalbunya. Seperti menjadi suatu daya magnet yang menarik apa yang perlu ditakluk. Haris kian lemah. Terkulai kalbunya.


    Dengan hati yang tabah, Haris perlahan-lahan mengangkat wajahnya. Basah pipi lelakinya. Setiap sentimeter diikuti dengan kebil mata yang perlahan. Degupan hatinya bercampur-baur. Emosi tidak terkawal.  Ego berperang didalam. Berlinang air mata bakal terjadi lagi . Sah sudah, air mata itu dicipta olehNya untuk keadaan sebegini rupa. Dia melihat wajah Asyaraff buat pertama kalinya setelah sekian lama dengan kedua-dua anak mata hitamnya itu disebalik air mata yang mula mengaburi hati dan perasaan. Asyraff dilihatnya buat pertama kali. Ketika itu masa bagaikan terhenti. Disebalik kaca penglihatan yang sedikit kabur dek air mata lelakinya. Walau dunia tidak pernah penat berpusing namun detik itu seakan sebaliknya. Berlinangan lagi Haris. Kini, insan yang pernah dicintai itu berada di hadapannya dengan pandangan yang merayunya untuk menjawab pelbagai soalan yang Haris sendiri tidak tahu dimana jawapan ingin dimulakan. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan. Kencang pernafasan seakan menyuruh Asyraff pergi. Perasaannya bergolak lagi. Aduh dimana sakitnya dia sendiri tidak tahu.

    “Haris..kenapa menangis? Abang minta ampun Ris, abang tahu abang pergi buat pembentangan tu tergesa-gesa. Abang cuba tak-“
    “Tolong dengar apa yang sa..sa..saya nak cakap ..bo..boleh?” Haris mencelah dengan nada yang terkawal.


Ayat Asyraff terhenti. Dia memandang wajah kekasih hatinya itu. Matanya menganalisa gerak-geri raut wajah itu.

    Suara Haris menambah air muka yang keliru di wajah Asyraff. Berlimpahan air mata Haris di pipinya. Suaranya hancur sedikit. Tekaknya kering. Serak sedikit nada disitu. Dia cepat-cepat mengesat air mata dipipinya. Dia bertambah kuat sedikit untuk cuba menjelaskan.  Ya Tuhan kuatkan semangatku. Isi hatinya berkata.

     Sejak tadi pandangan mata Asyraff tidak lekang daripada melihat wajah Haris Zalman. Tidak sekelumit pun dia rasa dia bukan kekasihnya lagi. Tidak seinci pun dia rasa tidak bersalah. Tidak jauh pun jarak memisah mereka berdua. Dia bangkit untuk duduk di sebelah Haris. Dia tahu ini rumah Haris dan ibunya berada di dapur. Namun, Asyraff bangkit untuk berada disisi kekasihnya. Seperti dulu. Seperti sediakala. Apa yang telah terjadi ni? Benak hatinya berbisik. Keliru. Dia seperti tidak kisah kalau-kalau ibunda Haris tiba-tiba datang melihat dia duduk bersebelahan Haris. Biarlah kenyataan memainkan peranan. Namun dia tahu mana had dirinya kerana rasa simpati yang bercampur persoalan ingin tahu kenapa kekasihnya itu menangis lagi. Dia beranikan diri. Asyraff berbisik perlahan..

"...shhh..sudah tu..nanti ibu tengok awk macam ni Ris..please..cerita kat abang..apa jadi ni?"

    Suasana ruang tamu itu seperti mengizinkan untuk Haris bercerita. Berbicara kisah hati yang rapuh yang gundah yang merana perlukan penjelasan. Membuka isi hatinya. Dia tahu ibunya tak dapat mendengar perbualan mereka kerana jarak dapur yang agak jauh dari situ. Asyraff  kini duduk bersebelahan dengannya. Dia memula bicara dengan nada yang perlahan.

    “Kenapa cari saya lagi bang? Saya sengaja tidak…tidak jawab panggilan tu dengan harapan..abang melupakan saya. Saya..saya rasa tak boleh teruskan perhubungan dengan abang lagi. Bukan sebab abang pergi Johor buat presentation tu..tapi sebab..ini keputusan saya sendiri. Saya tak nak mengharap kasih dari abang lagi.” Air matanya kian melimpah. Tatkala itu, Asyraff memberanikan diri untuk mengesat setitik dua. Dia perlu melakukannya. Kuat dia merasakan ada sesuatu yang ingin diberitahu bakal menjawab persoalan dirinya sendiri. Haris menyambung penjelasan dengan nada yang kian stabil dengan hembusan nafas yang dikeluarkan perlahan. Dia tahu Asyraff sedang menanti jawapan. Tidak adil jika Asyraff tidak mengetahui perihal sebenar. Haris menyambung bicara,

    “Masa..kat..em..kat kolej time abang takde..saya..emm..saya..Ingat tak ..Farish? Pelajar yang datang pinjam headcam pada hari tu tuh? Ingat tak budak tuh...?”  Haris memberikan pandangan sisi pada Asyraff. Seperti tidak sanggup untuknya menjelaskan hal sebenar sebagai sebab perubahan dirinya yang berlaku. Perubahan perasaan yang terjadi. Sejarah hitamnya. Namun, dia perlu menghentikan ini semua dari berterusan. Dia perlu. Dia perlu menyelamatkan hatinya dan juga Asyraff dari terus keliru.

“Kenapa..pulak dengan dia Ris? Dia kenapa? Apa dia buat kat kamu?!”

    Persoalan itu berbunyi amarah di hujung baris ayat yang keluar dari bibir Asyraff. Kedengaran degupan hatinya pula bertambah naik. Kencang. Ada sesuatu. Farish? Ah! Kenapa ada nama itu terkeluar? Kedengaran suara yang bakal memberitahunya sesuatu yang tak elok telah menimpa kekasihnya. Kelibat nama yang tiba-tiba disebut oleh Haris itu seperti ada terlibat dengan semua sandiwara ini yang dirasakan oleh hati Asyraff sendiri. Dia merenung wajah Haris. Tatkala itu pula,  wajah itu dipalingkan ke luar tingkap. Hembusan nafas Asyraff cuba dikawal oleh ego dan perasaannya pada ketika itu. Asyraff cuba mengawal diri. Merelakan penjelasan yang sepatutnya. Dia bersedia. Hati lelakinya kukuh. Genggaman bukulalinya terjadi tanpa disedari oleh Asyraff seperti bakal mengetahui gerangan budak Farish itu...telah berbuat sesuatu.

Haris menutup kelopak matanya memandang ke lantai, lalu berkata dengan suara yang seakan berbisik.

“Farish..dia..dia telah..dia telah menyentuh saya bang.”

    Seperti yang dijangka pada ketika nama itu keluar dari mulut kekasihnya, persoalan selama ini yang menghantui dan menggoda jiwa raga Asyraff terjawab dengan kesimpulan tersebut. Asyraff menenangkan hatinya. Genggaman jari-jemarinya di sabarkan oleh degupan hatinya yang mendengar. Sabar. Egonya tercabar. Tercalar. Tertanya-tanya di mana dia sepatutnya berada pada semua ini terjadi. Dia memiliki prinsip mencintai seorang lelaki sebaik-baik mencintai diri sendiri. Sebaik-baik prinsip itulah juga telah dia rasakan dirampas dan dipijak oleh insan lain. Nafasnya dikawal dari mengencang. Dia tahu dia berada di mana. Dia tahu dia perlu kuatkan semangat. Dia perlu menghormati keadaaan. Dia perlu rasional. Bukan masa dan detik untuknya melontar kemarahan dan nafsu pertanyaaan kenapa dan bagaimana. Haruslah dia mengawal lagi perasaan itu dari bergelora. Dia tahu apa yang dialami oleh Haris kini amat dalam. Mungkin sedalam mana yang dirasakan perlu. Namun dengan kematangan dirinya sendiri dia tahu untuk mampu menyelesaikan ini semua. Satu per satu. Isi hatinya terhenti bercakap tatkala Haris berkata lagi menerusi suara yang pecah sambil menggeleng dan menundukkan kepalanya. Air mata Haris jatuh. Membasahi keadaan.

“Tinggalkan saya …abang Asyraff. Lupakan saya. Saya tak mampu.”

    Dengan izinNya memiliki hati yang kuat serta kudrat yang ada pada kekuatan dalaman yang dia sendiri tahu lebih kukuh dari cinta itu sendiri, Asyraff menyentuh dan mengangkat dagu Haris lalu memalingkan wajah Haris yang tertunduk itu kearahnya lalu berkata,

“Kau rasa abang bisa tinggalkan awak macam tu saja?!” Dia melafazkan lagi tanpa adanya keraguan,

..I won’t let you go!”




Thursday, 20 June 2013

alb kembali...



Assalamualaikum..
Sayangku bro,
Syukur ke hadrat Ilahi diatas kebolehan dan minat yang alb masih ada ini untuk cuba berkongsi naluri dan perasaan dengan saudara-sudara bro semua di luar sana. Selama ni alb menghadapi suatu kesukaran dan cabaran yang memungkinkan alb untuk menutup sementara blog ini. Adanya semula blog ini pun semoga adalah sebab ketentuanNya untuk alb untuk terus bersahabat dengan bro-bro di luar yang alb tak pernah jumpa, bersua, bersemuka, berkata-kata mahupun lepak bersama. Namun, ada secebis rasa hati ingin terus berkarya. Karya alb bukanlah sehebat mana dan hanya sekadar nukilan perasaan yang terpendam.  Memang banyak blog-blog yang sudah ada yang memaparkan paparan video dan gambar yang boleh meningkatkan perasaan intim bro-bro namun disini, alb rasakan bukan itu objektif utama. Objektif alb hanya bercerita. Cerita yang ya dan juga tidak mungkin berlaku di dalam kehidupan alb. Bila alb teringat blog-blog yang ada video dan gambar, alb ingin kelainan.  Biarlah melalui sesuatu cerita hidup dan pengalaman yang menjadi titik tolak kehidupan. Alb kini sendiri, dan bagi alb, perasaan terhadap lelaki adalah suatu cabaran dan dugaan. Kisah Haris dan Asyraff mudah-mudahan akan berterusan dan ianya membantu alb untuk merefleksi kendiri. Terima kasih pada yang sudi membacanya . Alb hargai bro. Mungkin nanti ada gambar seksi alb akan muncul tapi tidak dijanjikan..sayangku bro.
Terimalah semula blog alb ini sebagai persahabatan maya kita. Walau kita tidak bertakdir berjumpa nampun apabila ada yang sudi membaca kisah alb di sini, sudah berharga nilainya. Sekarang alb sedang menyiapkan ‘final edit’ untuk kisah cinta dua jejaka yang unggul itu.
Aku sayangimu bro.
alb

Friday, 14 June 2013

Episod #21 Siri "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"



Air mata. Itulah teman Haris Zalman. Seorang jejaka yang penuh ciri-ciri kelelakian yang teguh dan mantap pada luaran. Minat pada sukan bina badan menyebabkan dia tekad untuk membentuk fizikal yang tegap ekoran dari latihan di gymnasium semasa belajar. Oleh itu, tubuh fizikalnya pada tahap yang maksima sesuai dengan umurnya sebagai pelajar university. Remaja muda ini kelihatan macho dengan dada bidangnya dan susuk yang menawan. Namun, hatinya tidak kuat dan sudah menjadi lemah. Tidak seperti fizikalnya yang menarik perhatian itu. Dalamannya lemah. Air matanya masih mengalir tatkala dia merenug jauh ke luar tingkap biliknya. Komputer riba itu masih terpasang. Keadaan luarannya tidak sinonim dengan dalaman yang rapuh itu. Mudah pecah.
Yahoo Messenger itu dibiarkan terbuka. Kelihatan butang status jejaka bergelar ‘bro2278’ itu kelihatan samar dan pudar, menandakan dirinya offline. Seperti juga kepercayaan Haris pada cintanya. Cinta itu sudah pudar. Haruskah terjadi begini pada saat-saat indah dalam fasa kehidupannya. Dia tahu ini semua takdir. Namun, manusia dicipta untuk memilih. Kebahagiaan atau kesengsaraan. Yang pertama itu menjadi objektif kehidupannya sebagai insan dan juga menjadi cita-ctanya sebagai seorang PLU. Dia tak kisah di gelar sebegitu rupa. Dia sudah mula sedar siapa dirinya. Pedulikan apa oarng nak kata. Lantaklah kekecewaan yang ada. Dia sedang sakit melayan jiwanya. Dia ada hak memilih apa yang disuka. Namun cinta di benak raganya serta dalam detik degupan jantungnya masih mengeja nama si dia. Ah! Kenapa harus jadi begini. Tidak mungkin. Pertanyaan si dia dalam YM itu terngiang-ngiang kedengaran dalam telinganya. Seakan-akan suara garau Asyraff masih terdengar bertanya kenapa dan kenapa padanya. Halusinasi menggamit jiwa dan pandangannya. Semua bertukar satu memori. Indah atau tidak, sungguh tidak di mengertikan oleh Haris. Satu kaleidoskop imej dan fantasi. Di terasa letih dan cuba baring di atas katilnya. Cuba melelapkan mata yang sakit dari kebasahan linangan air mata yang pedih. Pedih sekali. Sekali lagi dia teresak-esak dalam menuju lena di siang hari.
Dia berlari. Kuat degupan jantungnya. Farish menerkamnya dari belakang dan mereka berdua terjatuh.
“Mana ko nak lari ni ha?!” Farish memeluknya dengan rangkulan kasar. Haris tidak dapat bernafas.
“Tolonglah, ak-aku tak suke ko ar!!Hoii..TAK RETI KE AR!!Aku cakap aku tak suke engkau..sial!”

Farish menampar muka Haris Zalman. Titisan air mata itu basah di telapak tangannya.

“Ko nak cakap ape lagi ha? Asyraff dah takde. Dia dah lupakan engkau la gayboy!”
Farish menambah tahap pelukan itu dengan kekasaran. Haris cuba melepaskan diri namun tubuh Farish yang juga berotot itu tidak mudah untuk dilawan oleh kudratnya. Haris terimbas kenangan hitam di kolej. Dia tercari-cari disekelilingnya. Entah dimana agaknya dia berada. Seperti di suatu padang pasir yang terbentang luas. Hanya dia dan si bedebah bernafsu itu disitu.
“Eh! Lepaskan aku! Aku dimana ni..tadi..tadi” Haris menyedari situasi anehnya.
“Ha Ha! Habislah engko aku kerjakan lagi kat sini. Inilah territorry aku Ris! Nobody can help you. Nobody can touch you like I DO!”
Farish memusing tubuh Haris dan mencengkam dagunya. Satu ciuman paksa di berikan pada bibir merah Haris. Haris terkapai-kapai di atas ketandusan padang pasir itu. Betulkah ni. Tolonglah aku. Isi hatinya berkata. Tiba-tiba,

“Lepaskan dia! Jahanam!”
Suara garau itu memecah bunyi desiran pasir yang bergelimpangan di sekeliling. Sangat dikenali suara itu olehnya. Mungkinkah? Haris Zalman berpaling dari ciuman nafsu Farish. Kelihatan Asyraff berlari padanya.
“ASYRAFF!.. ABANGGG!”
“Abangg!” Dia terbangun. Kedengaran jeritan itu di telinganya. Suaranya sendiri. Keringat membasahi dahinya. Di amatinya sekeliling. Itu biliknya. Bantalnya basah ekoran peluh yang melimpah. Tubunya terasa seram sejuk.
“Astaghfirullah.” Lafaz kalimah suci itu keluar dari bibirnya. Haris menutup mata dan beristighfar diatas mimpi itu. Hanya igauan tidur di siang hari. Meremang bulu romanya.
“Ris? Haris? Apa hal ko ni?” Kedengaran ibunya berlari-lari anak ke biliknya.
“Eh! Mak, takde mak..Ha- Haris mimpi.”
“Ya ampun nak, itulah mak selalu pesan dekat Ris, jangan selalu tidur siang nak, ha kan dah mimpi”
“Ye mak. Haris minta ampun. Tadi terlena sikit,”
“Ishh kamu ni, dah pergi basuh muka tu, mak nak masak, kejap lagi abah balik. Nanti makan sama.”

Setelah ibunya berlalu ke dapur, Haris bangkit untuk pergi membasuh wajahnya. Basah dek peluh dalam mimpi tersebut. Apa pulak yang melanda kali ini, fikirnya. Dia cuba untuk menenangkan lagi hatinya. Istighfar itu masih diucapkan dalam hati. Dia cuba mencari rasionalnya. Berfikiran positif. Ya Tuhan, cukuplah apa yang telah dialami dan dirasai sebelum ini. Tidak sanggup jika tidurnya diganggu juga dengan mimpi yang berpanjangan. Semoga ada hikmahnya yang bersembunyi disebalik tabir kekacauan jiwanya. Seketika kemudian, sedang Haris mengelap wajahnya dari air basahan, kedengaran bunyi enjin motor di luar rumah. Enjin motor itu berhenti. Suara ibunya membuka persoalan siapa pula yang datang kali ini. Mungkinkah pemuda kampung ingin member kad jemputan atau satu lagi panggilan kenduri. Ibunya berkata-kata mempersoalkan. Ibunya segera ke ruang depan. Masih berada di dalam bilik mandi, Haris tidak menghiraukan siapakah yang mengunjung. Tidak terlintas di fikiran akan gerangan itu. Gerangan yang bakal memberi kejutan buat dirinya sendiri. Asyik wajahnya itu di keringkan dengan tuala mandinya. Semoga ada hikmahnya disebalik ini semua. Kedengaran satu suara memberikan ucapan salam. Minda Haris seakan-akan memberikan bayangan. Satu bayangan yang tidak pasti namun kepastian bakal terjadi. Suara itu. Dia teringat suara itu dalam mimpinya sebentar tadi. Ah! Tidak mungkin! Itu mimpi bukan reality katanya. Samar-samar suara ibunya di dengari. Haris cuba mendengar disebalik pintu bilik mandi itu.”It can’t be..”

“Oh Haris. Ada. Dia ada kat dalam. Nak jumpa ke?”
“Ya makcik. Kalau tak keberatan, saya berhajat nak jumpa dengan dia sekejap.”

Subhanallah. Degupan jantungnya amat kencang. Itu dia. Si dia. Dia bukan orang lain. Gerangan itu. Suara itu. Empunya suara itu datang. Tidak. Apakah ini semua? Haris cuba mententeramkan hatinya yang  bertambah tidak menentu. Apa yang harus aku buat? Bisik hatinya.

“Masuklah nak. Kejap makcik panggilkan dia, masuklah.”

Kedengaran lagi ibunya mempelawa suara itu dan empunya suara itu masuk. Haris menarik nafas sedalam-dalamnya.

“Ya Tuhanku, kuatkan semangat hambaMu ini Ya Rabbi” Doa hatinya.

“Haris, Oh Ris! Ni ada kawan datang nak jumpa ni.” Jerit ibunya memanggil.

Oh tidak!Kenapa pula dia datang ke sini. Persoalan itu seakan-akan satu persoalan yang tidak ingin ditanya sebab dia sungguh menginginkan diri kekasihnya. Namun apa yang perlu di katakan lagi, Haris sendiri tidak pasti. Setelah menyidai tuala di ampaian kayu bersebelahan dengan tikar sejadahnya, sempat lagi dilihat imej Kaabah disitu. Satu doa kecil di ucapkan dihatinya. Ya Tuhan, kuatkan hatiku. Dia bakal bersemuka dengannya. Ke-kekasihnya. Bekas. Ex.  Adakah dia datang sebagai kawan? Ex-kekasih? Pengunjung? Yang mana satu gerangan itu tidak pasti bagi Haris. Dia keluar dari bilik dan  melangkah ke ruang tamu. Beberapa langkah yang perlahan membawanya ke arah dia.

Haris tercegat tatkala melihat Asyraff Joe Arfaz duduk di kerusi itu. Kedua-dua tapak tangannya digenggam bertemu antara satu sama lain. Dia memerhatikannya dalam diam. Tidak terucap apa-apa. Asyraff membuka jari jemarinya dan menutupnya kembali dan menyimpulkan semula jemari itu. Kelihatan dia seperti berfikir sesuatu. Tentulah ada yang bermain di mindanya. Pasal Haris. Jari itu pernah memberikan kebahagiaan pada Haris. Asyraff tunduk merenung ke atas karpet. Berseluar jeans biru lusuh dan berjaket kulit hitam. Rambut hitamnya sedikit kusut. Namun kelihatan telah dipotong ala crewcut di tepi seperti hairstyle yang kekasihnya ini gemari. Bekas kekasih. Nampak cool katanya dahulu. Itu dahulu. Minda Haris menghantar signal dan sinaps membayangkan imej dihadapannya. Helmetnya berada di atas kusyen disebelah kerusi tempat dia duduk. Asyraff menarik nafas dan menyandarkan belakangnya pada kerusi. Dia mengangkat wajahnya. Melihat Haris Zalman.