Wednesday, 6 June 2012

Episod #20 Siri "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"


“Haris..Haris bangun nak..dah Subuh ni..”
Kedengaran suara ibu Haris Zalman mengejutkan lenanya. Perjalanan bas itu sungguh meletihkan. Sugguhpun dia sempat juga tidur dalam perjalanan setelah dibuai oleh pergerakan enjin bas yang lancar dan keadaan di dalam bas yang agak sejuk, namun setibanya di rumah, dia masih ingin meneruskan lena itu. Dia bersyukur dapat bertemu ibu dan ayahnya lagi. Mereka berdua sihat walafiat dan Haris sempat juga memohon maaf kepada kedua-dua mereka sebab tidak sempat nak belikan ole-ole dari Kuala Lumpur.  Suara azan sampai kehujung laungan ayatnya menyuruh semua umat bangkit untuk mengerjakan solat. Dia segera bangun dari tidurnya dan terus ke bilik air di sebelah dapur rumah kampung tempat dia membesar. Banyak memori indah disitu bersama ibu dan ayah serta adik-beradiknya. Memori. Teringat pula dia kepada Asy- Ahh! Usah diingat lagi! Ucap hatinya cuba mengalihkan fokus pada pengambilan air solat.
Setelah solat subuh, Haris berdiri dan menyandarkan tubuhnya di sisi tingkap kamar. Ibunya telah pun membuka tingkap biliknya seperti kebiasaan seperti dahulu. Segar sungguh udara di kampung. Fikirannya tenang seketika. Dia bersyukur masih ada sayang daripada kedua orang tuanya.
“Apa termenung pagi-pagi ni Haris?” Teguran ibunya memecah lamunan.
“Oh!Mak..tak ada apa pun..saja je..tengok kat luar ni..rindu lak.” Senyuman ikhlas diberikan buat ibunya.
Ibunya melangkah ke arahnya dan berdiri di sebelahnya.
“Macam mana anak mak punya study? Ok ke? Exam dapat buat tak?”
“Ok je mak..Haris dapat jawab semua soalan. Syukur jugak.” Haris menyisipkan sebelah lengannya di keliling pinggang ibunya.
“Rindu kat mak. Abah mana mak?”
“Oh! Abah tu..macam biasalah..pagi-pagi lepas subuh je, terus ke kebun dia..”
“Rajin abah. Banyak ke buah kelapa sawit tu mak?”
“Em..syukur Alhamdulillah nak..adalah jugak rezeki bila dah di jual buah-buah tu. Eh! Jom..mak dah sediakan mi goreng kesukaan Haris..”
“Wahh! Kejap mak, Haris nak mandi dulu sebelum sarapan.
“Oh, yelah..mak buat air siap-siap..”
Ibunya berlalu ke dapur dan Haris menambah senyuman dibibir tanda sayangnya dia pada ibunya. Kasih itu tiada tandingan. Apa lagi dia hendakkan. Sudah cukup kasih yang dicurah oleh kedua ibu dan bapanya. Mungkin tidak perlu lagi ada kasih dari sesiapa pun. Kata-kata hatinya mengeja huruf-huruf nama kekasihnya pula dengan tidak sengaja. Asyraff.
“Apalah yang dah terjadi kat aku ni..nampaknya, betul cakap orang cinta PLU tak kemana pun..”
Tanpa disedari ayat-ayat itu terkeluar dari bibirnya. Dia mengucap sejenak dan segera mencapai tuala mandi.

…..

Sedap sungguh santapan di pagi hari. Tak perlu lagi makan di cafeteria kolej atau di restoran di kampus. Masakan mak sendiri tiada bandingannya. Kenyang dirasakan. Selesai makan, Haris membantu ibunya membasuh pinggan dan kedengaran suara ayahnya memberi salam.
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumsalam, bah..dah balik? Awalnye abah gi kebun?” Haris cepat-cepat mengelap tangannya yang basah dan segera ke arah ayahnya untuk mencium tangannya.
“Emm biasalah, abah kena tengok kebun tu selalu sebab musim berbuah skang ni. Study ok tak?”
Hj. Taufik duduk di meja makan dan isterinya, menyediakan pinggan dan mengaut mi goreng untuknya.
Haris duduk berhadapan ayahandanya.
“Ok bah..semua ok. Paper pun taklah teruk sangat. Haris cuti semester ni. Sebulan macam tu.”
“Oh, bagusah..teman ibu kamu kat rumah ni. Kakak kamu dah naik rumah baru. Abang kamu tu pulak tengah berada di Pulau Pinang, outstation dia kata. Nasib baik jugak dia dapat kerja baru-baru ni.”
“Oh, abang dah ada keje skang..wah..nak minta spend lah lepas ni..”
“Abang kamu tu, pergi temuduga hari tu. Tau-tau dia je yang bekelayakan dapat keje dengan company tu..emm..company apa tu nama dia bang?” Ibunya menjelaskan.
“Apa nama dia ekk..emm..ahh..yang syarikat swasta kat pekan tu, er..Shipping ke apa nama dia..”
Hj. Taufik cuba mengingat kembali nama syarikat tempat abang Haris bekerja.
“Oh..baguslah..abang dah ada keje skang..lama jugak dia cari kan mak…bah..”
“Tulah tu..ni dah dapat..dia kenela selalu outstation sana-sini sebab dia masih baru lagi. Kakak kamu tu sibuk dengan rumah baru dia..haa..ni kamu dah ada..bolehlah gi tengok rumah dia nanti.”
Ibunya mencadangkan.
“Yelah mak..nanti Haris pergi..cuti pun lama ni..banyak masa lagi.”

Haris sengaja menuang air kopi secawan lagi untuknya menemani ibu dan ayahnya di meja makan. Banyak juga mereka sembangkan. Sebagai anak yang bongsu, Haris merupakan anak yang manja dan paling akrab dengan emaknya sejak kecil. Setelah selesai bersembang dan menjawab pelbagai persoalan tentang pelajaran di university daripada ayahnya yang sering menitikberatkan soal belajar, Haris meminta diri untuk ke biliknya. Dia bersyukur sekali kedua ibu dan abahnya amat menyayanginya. Dia merasa tenang lagi apabila dapat bersemuka dan melihat wajah-wajah mereka. Merekalah wajah kekasih. Buat seketika dia menutup benak hatinya untuk membayangkan ‘wajah kekasih’ yang satu lagi.

Haris menghubungkan talian Internet menerusi wifi dirumah itu yang telah tersedia. Kakaknya telah pun memasang talian Internet sekaligus dengan telefon rumah sepertimana yang telah diberitahu oleh ibunya. Haris gembira dapat melayar Internet di situ. Dia membuka Yahoo Messengernya. Tiba-tiba, satu paparan pop-up YM window muncul di hadapannya. Hatinya berdegup kencang. Tatapan matanya pada nama identiti pemilik YM window itu yang kelihatan terang sekali di retina. Identiti itu. Dia kenali siapa gerangan pemiliknya. Dia membaca ayat-ayat yang tertera pada skrin;

bro2278: Buzz
Kenapa buat abang macam ni?
Apa silap abang?
Dimana kamu Ris?
Apa yang berlaku Ris?
Abang buat salah ke Ris?
Kenapa tak angkat phone?
Jangan macam ni boleh tak?
Kenapa tak jawab persoalan abang?
Sayang?
Buzz
Buzz

“A-Asyraff!....”




7 comments:

  1. hmmmm apa yg akan berlaku seterusnya?
    xsabarnya!
    hehe nite2...

    ReplyDelete
  2. Hihi, I adore you so much and also your writing. Anyway, can I have your ym ? Add me on ym as well; adi_iskandar9

    ReplyDelete
  3. nk baca r...xsbr nie...kesian kt asyraff tu..ermm

    ReplyDelete
  4. beb bila nk continue? huhu...cant wait to read more

    ReplyDelete
  5. Sampai bila nak continue nie.......write more bro....

    ReplyDelete
  6. Alah..cinta Plu x kemana..tumpu je study tu..ahak ahak.

    ReplyDelete
  7. yeay!! x sabar nak baca next episode.. ;D

    ReplyDelete