Tuesday 5 June 2012

Episod #19 Siri "Biarkan Aku Menyayangimu, bro"


        Hatinya membeku. Kelopak kasih terhadap Asyraff semakin tercalar. Dia berasa kotor. Sejak peristiwa dengan Farish di katil itu, Haris Zalman cuba untuk mengawal emosi dan perasaannya. Babak demi babak yang berlaku diantara dirinya dengan Farish bermain-main diingatan. Memori itu menutup hatinya daripada membalas mesej-mesej ringkas yag masuk dari Asyraff sejak dua hari lepas. Mesej terakhir darinya adalah untuk memberitahu Haris yang teman lelakinya itu kena mengikut pensyarah kanan fakulti kejuruteraan untuk membuat pembentangan di Johor. Oleh kerana reputasi akademik dan tesisnya yang memberangsanngkan, Asyraff  dipilih oleh pensyarah itu yang juga merupakan penyelia tesisnya untuk membantunya membuat ‘conference’ di luar Kuala Lumpur. Haris membiarkan teks itu. Mesej-mesej ringkas yang masuk dibaca berulang kali. Perasaannya semakin hilang terhadap teman lelakinya itu. Dia sudah tidak perlu beranggapan lagi. Asyraff pasti meninggalkannya jika dia tahu apa yang berlaku. Farish sempat membisikkan amaran keras pada telinganya setelah tubuhnya mencapai kepuasan pada hari itu. Dia mengugut Haris untuk menjatuhkan maruah dirinya dan juga Asyraff di sekitar kampus dengan mendedahlan identiti mereka tanpa segan silu. Hari bersejarah dalam hidup Haris. Sejarah yang dia sendiri tidak tahu apa kesilapannya sehingga dia diperlakukan sedemikian. 


      Titik sejarah hitam yang lahir dalam sanubarinya seperti suatu arus elektrik yang menyakitkan hati dan perasaannya tatkala renjatan memori dengn Farish menjadi igauan baringnya. Dia sudah ternoda. Malu merasakan dirinya untuk berjumpa lagi dengan Asyraff. Sungguhpun demikian dia cukup berdoa agar dia dapat tenang semula dan paling menyakitkan apabila doanya juga agar Asyraff tidak menghubunginya lagi. Biarlah dia pergi. Biarlah dia bediam diri. Biarlah Asyraff melupakan dirinya. Sekelip mata sahaja semua yang dilalui itu menjadi lipatan babak kehidupannya. Cuti semester akan bermula seminggu lagi. Dia ingin pulang ke kampung. Semangatnya hilang. Beg pakaian itu diisi dengan baju-baju yang perlu dibawa bersama. Selepas ini, tidak perlulah dia fikirkan untuk terus bersama kekasih kesayangannya itu. Farish pun sudah ‘merasa’ dirinya. Dia tidak ingin mengikuti telunjuk amaran Farish. Adalah lebih baik dia berundur diri dari ingatan cinta terhadap Asyraff mahupun amaran daripada Farish. Mungkin kalau dia pindah keluar dari situ akan dapat memulihkan keadaan dirinya. Tidaklah semua ini terus bermain di mindanya. Dia tidak boleh lagi menginap di kolej itu. Tidak selamat bagi dirinya lagi. Dia tidak mahu dipermain-mainkan dan dinodai oleh Farish lagi. Dia perlu menjauhkan diri. Sejauh-jauhnya dari memori hitam itu dan juga Asyraff. 

       Jam menunjukkan pukul  3 petang. Barang-barang keperluan dan buku-bukunya telah di susun dalam kotak. Barang-barang memorabilia dan dekorasi-dekorasi kecil di atas meja juga di letakkan bersama. Bilik itu kosong. Sekosong hati dan perasaannya. Beg pakaian untuk pulang ke kampung sudah berisi. Komputer riba sudah berada dalam beg galasnya. Setelah itu, Haris berjumpa dengan pihak kerani dan pendaftar di pejabat kolej kediaman tersebut untuk mengisi borang cuti dan segera menyampaikan hasratnya untuk tidak lagi menginap di situ. Setelah menurunkan tandatangan pada borang pindah keluar, dia membayar yuran penginapan buat kali terakhir. Dia segera kembali ke biliknya dan mengambil beg pakaian dan komputer riba. Dia menghubungi rakan sekelasnya iaitu Dini yang memiliki kenderaan untuk membantunya mengangkut barang-barang peribadinya itu keluar dari bilik. Dini merupakan coursematenya yang akrab. Dia ingin menyimpan barang-barang itu di rumah sewa rakannya tersebut dengan sedikit bayaran. Rakannya bersetuju untuk menolong. Mujurlah juga baginya. Dalam saat-saat sedemikian, fikirannya agak berserabut dan dia cuba berkelakuan biasa dihadapan Dini. Beberapa ketika kemudian, kereta rakan milikinya kedengaran parkir di perkarangan kolej. Satu persatu Haris membawa turun kotak dan beg pakaiannya.

“Wah banyaknya barang you Haris..Nak terus pindah keluar ke ni?” Soal Dini.
“Ya..I guess so. I have to lah Dini..” Jelas Haris.
“So..next semester how? You nak stay mana..bukan you ada satu sem lagi ke stay here?”
I know I have but..I don’t think this place is for me now..I…I kena keluar.”

        Segala barang-barang Haris telah pun dimuatkan dalam kereta Dini.Beberapa ketika kemudian, kereta itu dipandu keluar dari perkarangan kolej. Pada ketika kereta itu membelok ke kanan untuk keluar ke simpang jalan utama, ia berselisih dengan sebuah kereta yang dipandu laju dan kebetulan ianya juga ingin memasuki simpang ke kolej tersebut. Dini sedikit hilang kawalan demi mengelak daripada terkena bahagian cermin sisi kereta itu.
“Eh!!Gila punye driver…kawasan kolej mana boleh laju-laju!!” Dini melepaskan geram setelah menekan brek.
Haris sempat melihat kelibat pemandu disebalik stereng kereta Honda putih itu. Berkaca mata hitam dan dia mengecam lelaki itu. Tidak dapat di lupakannya. Farish!
“Eh!! Nasib baik tak apa-apa..pe hal pemandu tadi tu?!” Marah Dini.
“Biarla ajelah Dini. Let us go from here..lelaki tu memang…’tak berhati perut!’” Ucapan itu betul-betul menjelaskan perasaannya terhadap pemuda yang membawa kereta tadi. Selepas ini, dia tidak perlu lagi bersemuka dengan lelaki itu.

….

        Asyraff ingin membuat kejutan buat kekasihnya dengan mengajaknya untuk pergi dinner di luar kampus. Terasa rindu yang amat sangat dengan Haris Zalman. Dia tidak ingin berfikiran negative di atas kata-kata Haris yang yang agak menghairankan dirinya beberapa hari lepas dalam  telefon dan walaupun tiada reply darinya dalam inbox telefon bimbitnya, dia beranggapan yang kekasihnya itu mungkin kehabisan kredit untuk menjawab. Dia tidak mengetahui bahawa Haris Zalman sudah tidak berada di kolej itu lagi. Petang itu, dia singgah untuk bertemu dengan Haris. Dia ingin memeluknya dan menciumnya tanda rindu yang mesti dibalas oleh kekasihnya tersebut. Setibanya di kolej itu, dia mendongak kearah tingkap bilik Haris. Tidak berlampu. Terasa hairan bermain difikirannya. Kerut keningnya. Dia segera ke bilik Haris. Setelah tiba di luar pintu, Asyraff merasakan yang Haris tiada di dalam bilik. Dia segera menghubungi Haris. Tidak berjawab. Eh! Apa dah jadi pada Haris? Benak hatinya. Kemana dia pergi dan kenapa tidak menjawab panggilan dari dirinya, menjadi tanda tanya Asyraff. Dia berlalu pergi. Hiba dirasakannya.

….

     Jam menunjukkan pukul 7 malam. Sebentar lagi bas akan bertolak ke destinasi kampung halamannya. Tiket digenggam erat. Dia bersedia. Bersedia pergi dari situ. Bersedia melupakan apa yang berlaku. Bersedia menganggap semua itu mimpi. Bersedia melihatnya sebagai realiti. Indah sementara dengan Asyraff hanya satu ilusi memori kini. Sedih dirasakan. Tidak mungkin Asyraff sanggup mencarinya lagi. Tidak mungkin Asyraff mahukannya lagi. Dia menaiki bas itu dengan langkah yang amat menyedihkan. Dia pernah merancang untuk mengajak Asyraff kembali bercuti ke kampung halamannya di luar Kuala Lumpur. Dia ingin menunjukkan air sungai yang sering di bayang-bayangkan dengan kejernihan dan kecantikannya yang luar biasa dikala senja di hujung kampung halaman. Tempat dia selalu pergi di zaman kanak-kanaknya. Namun semua itu tinggal rancangan yang tidak menjadi. Dia pernah memberitahu Asyraff akan kampung halamannya dan sedikit cerita-cerita zaman kanak-kanak Haris di situ. Gelak tawa Asyraff mendengar cerita-cerita itu menghantui kerinduan diminda dan sanubari Haris. Bas bertolak pergi. Haris melihat keluar tingkap bas itu. Tiada lagi air mata mengalir hanya degupan jantung yang kecewa, kerinduan, kehilangan kebahagiaan. Meinggalkan segalanya. Melupakan dia..Asyraffnya.



3 comments:

  1. jangan biarkan cerita ini berakhir disini sahaja...

    aku x sanggup melihat kisah ini berakhir sebegini...

    ReplyDelete
  2. Tiada lagi air mata mengalir hanya degupan jantung yang kecewa, kerinduan, kehilangan kebahagiaan. ~ kehibaan yg mendalam pada ayat ujung ni.

    ReplyDelete
  3. hmmmm sedih lagi pilu rasanya hmmm...

    ReplyDelete