Friday, 28 November 2014

Repost salah satu adegan dramatis dalam siri "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"

Hai dan salam semua :)

Tadi ALB sempat jenguk-jenguk episod-episod yang lepas dalam kisah Haris dan Asyraff tu. Wah, sudah jauh melangkah juga agaknya ALB dalam cuba untuk mempersembahkan suatu kisah yang bagi ALB agak relevan dengan imaginasi serta fantasi seorang lelaki yang ada ujian bernaluri sebegini. Imaginasi itu khayalan dan ada perlu kita ketengahkan untuk dikongsi agar kita dapat kurangkan bebanan perasaan bukan? Lagi-lagi kepada sesiapa yang masih tercari-cari identiti dan pasangan kawan yang memahami. Salah satu adegan yang ALB paling suka adalah yang berikut daripada Episod #22. Bila ALB baca balik kan, terasa dalam pulak seolah-olah ALB dibawa masuk ke dalam penceritaan. ALB bukan seorang novelis atau penulis terkenal namun itu sahaja yang mampu ALB dapat tulis dan rasakan hebat untuk dimasukkan dalam plot. Terasa ar..terasa sangat kalau ade yang macam Asyraff tu kan dalam hidup kita by our side..emm tak pe kite cari ar slow-slow..for now, cube bace ni:

Haris menutup kelopak matanya memandang ke lantai, lalu berkata dengan suara yang seakan berbisik.
“Farish..dia..dia telah..dia telah menyentuh saya bang.”
    Seperti yang dijangka pada ketika nama itu keluar dari mulut kekasihnya, persoalan selama ini yang menghantui dan menggoda jiwa raga Asyraff terjawab dengan kesimpulan tersebut. Asyraff menenangkan hatinya. Genggaman jari-jemarinya di sabarkan oleh degupan hatinya yang mendengar. Sabar. Egonya tercabar. Tercalar. Tertanya-tanya di mana dia sepatutnya berada pada semua ini terjadi. Dia memiliki prinsip mencintai seorang lelaki sebaik-baik mencintai diri sendiri. Sebaik-baik prinsip itulah juga telah dia rasakan dirampas dan dipijak oleh insan lain. Nafasnya dikawal dari mengencang. Dia tahu dia berada di mana. Dia tahu dia perlu kuatkan semangat. Dia perlu menghormati keadaaan. Dia perlu rasional. Bukan masa dan detik untuknya melontar kemarahan dan nafsu pertanyaaan kenapa dan bagaimana. Haruslah dia mengawal lagi perasaan itu dari bergelora. Dia tahu apa yang dialami oleh Haris kini amat dalam. Mungkin sedalam mana yang dirasakan perlu. Namun dengan kematangan dirinya sendiri dia tahu untuk mampu menyelesaikan ini semua. Satu per satu. Isi hatinya terhenti bercakap tatkala Haris berkata lagi menerusi suara yang pecah sambil menggeleng dan menundukkan kepalanya. Air mata Haris jatuh. Membasahi keadaan.
“Tinggalkan saya …abang Asyraff. Lupakan saya. Saya tak mampu.”
    Dengan izinNya memiliki hati yang kuat serta kudrat yang ada pada kekuatan dalaman yang dia sendiri tahu lebih kukuh dari cinta itu sendiri, Asyraff menyentuh dan mengangkat dagu Haris lalu memalingkan wajah Haris yang tertunduk itu kearahnya lalu berkata,
“Kau rasa abang bisa tinggalkan awak macam tu saja?!” Dia melafazkan lagi tanpa adanya keraguan,
..I won’t let you go!”

Thursday, 27 November 2014

A comeback

Assalamualaikum wbt

Terlebih dahulu, ALB ingin sekali memohon kesyukuran diatas kesempatan ini untuk kembali cuba bersemangat dalam menempuhi hidup yang penuh kenikmatan dan salah satunya adalah dengan 'reach out' ke arah pembaca di luar sana.Tujuan utama kali ini untuk meneruskan kembali kisah cinta Haris dan Asyraff.
Banyak plot dan dimensi penceritaan sedang diproses demi paparan 'comeback'. Maaf sebab ALB sudah lama menyepi serta tidak aktif dalam blog yang provokatif ini. Rasanya sudah tiba masa untuk ALB teruskan usaha menulis karya kisah cinta yang tertunda tetapi tetap ada sauh dihati ALB sendiri. Nah..ku persembahkan..suatu bait plot dalam EPISOD #25 "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro". Terima kasih

"Haris..kenapa diam aje..dah tak nak cakap dengan abang lagi ke?"
Haris menoleh dan pandangan matanya agak layu. Wajah tampan Asyraff Joe Arfaz mencari-cari jawapan.
"Tak ar..Haris ok. Abang..kenapa abang datang sejauh ini..em..ke kampung Haris semata-mata untuk jumpa saya?"
Asyraff tunduk melihat kejernihan air sungai di tebing itu. Mereka singgah sebentar di tebing itu setelah penat berjalan sekeliling kampung pada petang itu.
"Sebab..." Asyraff mengangkat kembali mukanya kearah Haris.Kekasihnya. Dia sempat lagi melihat kiri dan kanan serta keadaan sekeliling untuk memastikan tiada sesiapa yang melihat mereka lalu tangannya mencapai tapak tangan Haris. Dibuangnya ranting kayu yang menjadi permainan Haris sejak tadi. Dia menyambung jawapan..
"..abang cintakanmu sayang..that's why I come here...for you...I come for you baby"
Haris melihat pandangan lelaki Asyraff. Raut wajah itu menampakkan kikhlasan dalam sebutan ayat-ayat yang baru didengarinya. Bibir Haris terbuka sedikit. Senyuman kecil diukir pada bibir itu. Renungan Asyraff jatuh pada bibir itu lalu..
Bibir mereka bertaup..satu ciuman ringkas tercipta. Saat dan ketika seakan terhenti dalam dimensi dunia yang hanya mereka berdua mengetahui selok-beloknya.
Ciuman itu sakti. Satu ciuman yang telah lama dirindui oleh Haris..
"Ab-abang..." Haris berkata agak terketar-ketar.
"Ya sayangku...." Garau bunyi suara Asyraff sambil mengukir satu senyuman yang lebar sambil menggenggam erat tapak tangan Haris.