“Haris..Haris bangun nak..dah Subuh ni..”
Kedengaran suara ibu Haris Zalman
mengejutkan lenanya. Perjalanan bas itu sungguh meletihkan. Sugguhpun dia
sempat juga tidur dalam perjalanan setelah dibuai oleh pergerakan enjin bas
yang lancar dan keadaan di dalam bas yang agak sejuk, namun setibanya di rumah,
dia masih ingin meneruskan lena itu. Dia bersyukur dapat bertemu ibu dan
ayahnya lagi. Mereka berdua sihat walafiat dan Haris sempat juga memohon maaf
kepada kedua-dua mereka sebab tidak sempat nak belikan ole-ole dari Kuala
Lumpur. Suara azan sampai kehujung
laungan ayatnya menyuruh semua umat bangkit untuk mengerjakan solat. Dia segera
bangun dari tidurnya dan terus ke bilik air di sebelah dapur rumah kampung
tempat dia membesar. Banyak memori indah disitu bersama ibu dan ayah serta
adik-beradiknya. Memori. Teringat pula dia kepada Asy- Ahh! Usah diingat lagi!
Ucap hatinya cuba mengalihkan fokus pada pengambilan air solat.
Setelah solat subuh, Haris berdiri
dan menyandarkan tubuhnya di sisi tingkap kamar. Ibunya telah pun membuka tingkap
biliknya seperti kebiasaan seperti dahulu. Segar sungguh udara di kampung. Fikirannya
tenang seketika. Dia bersyukur masih ada sayang daripada kedua orang tuanya.
“Apa
termenung pagi-pagi ni Haris?” Teguran ibunya memecah lamunan.
“Oh!Mak..tak
ada apa pun..saja je..tengok kat luar ni..rindu lak.” Senyuman ikhlas diberikan
buat ibunya.
Ibunya
melangkah ke arahnya dan berdiri di sebelahnya.
“Macam mana
anak mak punya study? Ok ke? Exam dapat buat tak?”
“Ok je mak..Haris
dapat jawab semua soalan. Syukur jugak.” Haris menyisipkan sebelah lengannya di
keliling pinggang ibunya.
“Rindu kat
mak. Abah mana mak?”
“Oh! Abah
tu..macam biasalah..pagi-pagi lepas subuh je, terus ke kebun dia..”
“Rajin abah.
Banyak ke buah kelapa sawit tu mak?”
“Em..syukur
Alhamdulillah nak..adalah jugak rezeki bila dah di jual buah-buah tu. Eh!
Jom..mak dah sediakan mi goreng kesukaan Haris..”
“Wahh! Kejap
mak, Haris nak mandi dulu sebelum sarapan.
“Oh, yelah..mak buat air siap-siap..”
Ibunya berlalu ke dapur dan Haris
menambah senyuman dibibir tanda sayangnya dia pada ibunya. Kasih itu tiada
tandingan. Apa lagi dia hendakkan. Sudah cukup kasih yang dicurah oleh kedua
ibu dan bapanya. Mungkin tidak perlu lagi ada kasih dari sesiapa pun. Kata-kata
hatinya mengeja huruf-huruf nama kekasihnya pula dengan tidak sengaja. Asyraff.
“Apalah yang dah terjadi kat aku ni..nampaknya, betul cakap
orang cinta PLU tak kemana pun..”
Tanpa disedari ayat-ayat itu terkeluar dari bibirnya. Dia
mengucap sejenak dan segera mencapai tuala mandi.
…..
Sedap sungguh santapan di pagi
hari. Tak perlu lagi makan di cafeteria kolej atau di restoran di
kampus. Masakan mak sendiri tiada bandingannya. Kenyang dirasakan. Selesai
makan, Haris membantu ibunya membasuh pinggan dan kedengaran suara ayahnya memberi
salam.
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumsalam,
bah..dah balik? Awalnye abah gi kebun?” Haris cepat-cepat mengelap tangannya
yang basah dan segera ke arah ayahnya untuk mencium tangannya.
“Emm
biasalah, abah kena tengok kebun tu selalu sebab musim berbuah skang ni. Study
ok tak?”
Hj. Taufik duduk di meja makan dan isterinya, menyediakan
pinggan dan mengaut mi goreng untuknya.
Haris duduk berhadapan ayahandanya.
“Ok
bah..semua ok. Paper pun taklah teruk sangat. Haris cuti semester ni.
Sebulan macam tu.”
“Oh,
bagusah..teman ibu kamu kat rumah ni. Kakak kamu dah naik rumah baru. Abang
kamu tu pulak tengah berada di Pulau Pinang, outstation dia kata. Nasib
baik jugak dia dapat kerja baru-baru ni.”
“Oh, abang
dah ada keje skang..wah..nak minta spend lah lepas ni..”
“Abang kamu
tu, pergi temuduga hari tu. Tau-tau dia je yang bekelayakan dapat keje dengan company
tu..emm..company apa tu nama dia bang?” Ibunya menjelaskan.
“Apa nama dia ekk..emm..ahh..yang syarikat swasta kat pekan tu,
er..Shipping ke apa nama dia..”
Hj. Taufik cuba mengingat kembali nama syarikat tempat abang
Haris bekerja.
“Oh..baguslah..abang
dah ada keje skang..lama jugak dia cari kan mak…bah..”
“Tulah
tu..ni dah dapat..dia kenela selalu outstation sana-sini sebab dia masih
baru lagi. Kakak kamu tu sibuk dengan rumah baru dia..haa..ni kamu dah ada..bolehlah
gi tengok rumah dia nanti.”
Ibunya mencadangkan.
“Yelah mak..nanti Haris pergi..cuti pun lama ni..banyak masa
lagi.”
Haris sengaja menuang air kopi
secawan lagi untuknya menemani ibu dan ayahnya di meja makan. Banyak juga
mereka sembangkan. Sebagai anak yang bongsu, Haris merupakan anak yang manja
dan paling akrab dengan emaknya sejak kecil. Setelah selesai bersembang dan
menjawab pelbagai persoalan tentang pelajaran di university daripada
ayahnya yang sering menitikberatkan soal belajar, Haris meminta diri untuk ke
biliknya. Dia bersyukur sekali kedua ibu dan abahnya amat menyayanginya. Dia
merasa tenang lagi apabila dapat bersemuka dan melihat wajah-wajah mereka.
Merekalah wajah kekasih. Buat seketika dia menutup benak hatinya untuk
membayangkan ‘wajah kekasih’ yang satu lagi.
Haris menghubungkan talian Internet
menerusi wifi dirumah itu yang telah tersedia. Kakaknya telah pun
memasang talian Internet sekaligus dengan telefon rumah sepertimana yang telah
diberitahu oleh ibunya. Haris gembira dapat melayar Internet di situ. Dia
membuka Yahoo Messengernya. Tiba-tiba, satu paparan pop-up YM window muncul di
hadapannya. Hatinya berdegup kencang. Tatapan matanya pada nama identiti
pemilik YM window itu yang kelihatan terang sekali di retina. Identiti
itu. Dia kenali siapa gerangan pemiliknya. Dia membaca ayat-ayat yang tertera
pada skrin;
bro2278: Buzz
Kenapa buat
abang macam ni?
Apa silap
abang?
Dimana kamu
Ris?
Apa yang
berlaku Ris?
Abang buat
salah ke Ris?
Kenapa tak
angkat phone?
Jangan macam
ni boleh tak?
Kenapa tak
jawab persoalan abang?
Sayang?
Buzz
Buzz
“A-Asyraff!....”