Sunday, 1 October 2017

Teaser Episod seterusnya..

Ini merupakan Interlude yang saya telah plotkan pada awal 2012..Actually, interlude ni dah saya tulis lama. Tak sangka akhirnya ianya bakal dilahirkan dengan penceritaan yang lebih mengetengahkan sifat romantis keuda-dua karakter. Tunggu :)



Episod #26 Siri "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"

.....

"Abang, jadike nak gi bercuti?"
   "Tu lah ni, abang tengah surf online ni, nak dapatkan resort tu.."
"Musim semester break ni panjang tau , Haris nak gak pergi travel dengan abang"
   "Yer, yer,..kita akan pergi jugak sayang,..Hah! ada pun!! dari tadi aku try"
"Berapa harga resort tu? Ris tak ada budget sangat ni"
   "Tak pe sayang, abang boleh cover..duit part-time job abang ada simpan sikit"
"Dapat bilik berdua yang small pun tak pe..asal Ris dapat bersama abang.."
   "..My love, abang akan dapatkan bilik yang superior kalau boleh,..just for the two of us baby"

Satu ciuman di bibir diberikan pada Haris Zalman..


....

Saturday, 30 September 2017

Episod #25: Siri "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"

Deja Vu. Ertinya mengalami perasaan atau suasana yang seakan-akan sudah pernah dialami dek pancaindera lihat, dengar, rasa, sentuh mahupun dijiwa. Itulah perasaan yang dialami olehnya. Haris merasakan sesuatu yang aneh dalam hatinya. Aneh itu bukan makhluk asing apabila dia sendiri menyedari kehadiran Asyraff Joe Arfaz di tepinya, duduk bersebelahannya di tepi katil usangnya didalam bilik itu. Rasa deja vu yang positif. Seakan-akan dia kembali di dalam bilik dormnya di kampus selepas usai mengulangkaji sebelum paper yang lalu sambil berdua-duaan dengan Asyraff.

          Udara terasa sedikit panas kerana matahari yang mula naik memancar sinar. Sinar yang Haris harapkan mungkin telah tiada ekoran kisah yang terjadi sekiranya di belek-belek lembaran sejarah di kolej lalu. Cuba dilupakan namun tetap menjadi virus dalam jiwanya. Bagaimana nak membenci kekasih sendiri? Adakah dia juga membencinya atas apa yang telah terjadi? Kotor dia merasakan dirinya. Haris merasa kotor..

"Haris..tak boleh teruskan dengan abang buat masa ni, and..maybe selamanya tak boleh bang,"
    "But why sayang? Tell me why?..Abang come all the way...for you kan..sedar tak tu?" Asyraff cuba menambah tekanan dihujung suara garaunya. Dia terkesima sedikit. Sanggup Haris ucap sebegitu rupa padanya. Tidakkah dia menghargai kehadirannya disitu, pada detik itu..paling tidak pun, tidak bolehkah dia bersyukur sekelumit cuma?

"Saya kotor bang..dah KOTOR!" Tiba-tiba suara Haris meninggi tapi dapat dikawalnya kerana kedua ibu bapanya berada di bilik bertentangan pada saat itu. Mereka mesti telah selesai berjemaah Zohor juga sebentar tadi.
     "Siapa cakap kamu kotor Ris? Abang ada cakap ke macam tu kat kamu? Please...look at me when I'm talking to you baby.." Asyraff yang duduk disebelah Haris kini berlutut berhadapan dengan insan yang masih disayanginya itu. Dia rindu...rindu pada kasih sayang Haris Zalman.

"Abang..saya dah di rogol oleh Fa..Farish...abang tak reti ke apa saya cakap?!" Haris mengeluarkan kata-katanya dengan suara yang agak marah, benci, kecewa, kecundang.
       "Shhh! Please...baby...shhh..cool down..I'm here kan? Abang ada dah dekat kamu sekarang. Tak payah lagi ucap macam tu ok? I need you still..kau masih milikku sayang..masih.." Ucapan itu membuatkan jiwa lelakinya rapuh dan air mata mula bersinar di sudut kelopak mata Asyraff. Pada saat itu juga, dia memegang erat kedua-dua tangan Haris. Menciumnya. Haris terkedu. Dia terdiam dan melihat reaksi Asyraff itu, dia tunduk. Sempat dia terhidu bau cologne bercampur peluh kepunyaan Asyraff. Hanya kurang kosong perpuluhan satu sentimeter jarak Asyraff padanya. Bau lelaki itulah yang paling dirindunya sekian lama. Kini bau itu menjelma dengan tuannya yang sedang memegang erat tangannya, sambil kedengaran esakan tangis yang menampakkan kesungguhan, keinginan serta kekuatan jiwa Asyraff padanya.

"Abang...saya minta maaf..saya sepatutnya menghargai kehadiran abang..jauh abang datang kan? Mesti letih..abang nak mandi? Saya ambilkan tuala k" Haris menguatkan semangat disebalik perkongsian air mata yang dialaminya bersama Asyraf.
         "Abang tak letih dear..abang nak kamu je right now. Boleh tak jangan tinggalkan abang lagi lepas ni? Tolong hargai perasaan kita sayang...biarkan aku menyayangimu, sayang?"
"..terima kasih sebab sudi..datang ye bang..Haris hargai sangat. Em..jangan r nangis lagi. Tak macho r" Untuk pertama kalinya, suatu senyuman kecil terukir di sudut kiri bibir Haris. Melihatkan raut wajah itu, Asyraff membalas dengan senyuman yang selalu mencairkan kekasihnya itu sejak sekian lama.
"Kekasih abang dah kembali..alahai apalah abang nak buat kalau tak dapat lihat senyuman kecil tu.."

...

         Usai makan tengahhari bersama keluarga Haris Zalman, Asyraff berbual seketika dengan tuan rumahnya. Banyak topik yang dibicarakan secara santai mengisi masa terluang selepas menjamah hidangan yang ibu Haris sediakan. Sungguh sedap sekali. Asyraff rasa beruntung dapat kekasihnya kembali dan dapat juga merasa masakan mak kekasih sendiri. Dia berterima kasih dan bersyukur.

         Sedikit demi sedikit, Haris membuka hatinya terhadap 'tetamu' nya itu dengan meluangkan masa menonton television di ruang tamu. National Geographic Channel dikogsikan bersama. Mereka berbual seperti dua sahabat yang baik. Jauh dalam benaknya ibarat kekasih yang lama tak berjumpa.  Kelihatan kelopak mata Asyraff yang tanpa disedari mula tertutup-tutup. Letih benar agaknya.

"Abang..better rehat dalam bilik je. Kan dah penat sangat tu. rehat kejap k" Haris mempelawa.
      "em..abang nak bersama kamu Ris. Abang rindu."
"Saya temankan abang kat dalam ok?" Haris menutup siaran television dan mengiring Asyraff masuk kedalam biliknya. Ibu bapanya telah keluar sekejap ke kenduri akikah di tengah kampung selepas makan tengahari sebentar tadi.

              Asyraff merebahkan tubuhnya diatas katil. Katil milik kekasihnya, Haris. Tak sangka Haris melihat tubuh Asyraff yang sedang nyenyak tidur disitu beberapa minit kemudian. Asyraff masih berkain pelikat dan sempat dia menanggalkan baju T Levi'snya sebelum merebahkan diri disitu. Dia nampak sungguh kepenatan. Haris tiba-tiba malu kerana mengamati tubuh seksi kekaishnya. Masih kelihatan otot-otot bekas gym session yang sering dilakukan oleh Asyraff selepas habis kuliah di kampus dulu. Dia masih kelihatan kekar. Cepat-cepat dia menyambung bacaan komik Jepun yang dipegangnya. Dia duduk di penjuru katil dan hanya kedengaran hembusan nafas turun naik seorang lelaki yang amat disayanginya yang sanggup datang padanya..

...

Pada petang itu, Haris membawa Asyraff pergi mengambil angin di kawasan kampung. Suasana nyaman disitu mendamaikan tidak seperti Kuala Lumpur yang sibuk dengan kehidupan non-stop.

"Haris..kenapa diam aje..dah tak nak cakap dengan abang lagi ke?"
Haris menoleh dan pandangan matanya agak layu. Wajah tampan Asyraff Joe Arfaz mencari-cari jawapan.
"Tak ar..Haris ok. Abang..kenapa abang datang sejauh ini..em..ke kampung Haris semata-mata untuk jumpa saya?"
Asyraff tunduk melihat kejernihan air sungai di tebing itu. Mereka singgah sebentar di tebing itu 
setelah penat berjalan sekeliling kampung pada petang itu.
"Sebab..." Asyraff mengangkat kembali mukanya kearah Haris.Kekasihnya. Dia sempat lagi melihat kiri dan kanan serta keadaan sekeliling untuk memastikan tiada sesiapa yang melihat mereka lalu tangannya mencapai tapak tangan Haris. Dibuangnya ranting kayu yang menjadi permainan Haris sejak 
tadi. Dia menyambung jawapan..
"..abang cintakanmu sayang..that's why I come here...for you...I come for you baby"
Haris melihat pandangan lelaki Asyraff. Raut wajah itu menampakkan kikhlasan dalam sebutan ayat-ayat yang baru didengarinya. Bibir Haris terbuka sedikit. Senyuman kecil diukir pada bibir itu. Renungan Asyraff jatuh pada bibir itu lalu..
Bibir mereka bertaup..satu ciuman ringkas tercipta. Saat dan ketika seakan terhenti dalam dimensi 
dunia yang hanya mereka berdua mengetahui selok-beloknya.
Ciuman itu sakti. Satu ciuman yang telah lama dirindui oleh Haris..
"Ab-abang..." Haris berkata agak terketar-ketar.
"Ya sayangku...." Garau bunyi suara Asyraff sambil mengukir satu senyuman yang lebar sambil 
menggenggam erat tapak tangan Haris.

“Tak kisah ke..kalau Ris dah..em..kan pasal kisah Ris telah di..di..” Haris cuba 
menjelaskan tentang detik hitamnya.

“Jangan cakap lagi yang tu k. Now, I’m with you. Jangan sia-siakan abang sayang..please.”




....A NOTE FROM THE BLOG EDITOR IN CHIEF....


P/s: Assalamualaikum wbt bros. Dah dekat 4 tahun lamanya tak update kisah nih. Terima kasih kat seseorang yang telah mengetuk inspirasi pada saya untuk teruskan cuba menghabiskan siri ini sebaik mungkin. Semoga drama serta sandiwara karaternya bisa meneman kesulitan jiwa bro di luar sana yang tercari-cari kasih dan sayang dalam hidup bergelar insan biasa.


"Kekasih, tulis namaku didalam diari hatimu"
XOXOX
ALB