Friday, 17 February 2012

Episod #16 Siri "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"

    Hari berganti hari. Minggu cuti ulangkaji telah berakhir. Haris dan Asyraff sibuk dengan kertas peperiksaan masing-masing. Berada dalam tahun akhir, Asyraff hanya mendudui beberapa kertas sahaja untuk memenuhi kuota jumlah jam kredit disamping projek akhir tahunnya. Haris dan Asyraff sering menghabiskan masa bersama menelaah dan mencari buku-buku rujukan di perpustakaan universiti. Haris mengajak teman lelakinya duduk di tempat yang dia selalu duduk tatkala membuat ulangkaji atau membaca di perpustakaan tersebut. Meja kegemarannya selalu kosong dan dia telah menjadikan tempat itu personal study tablenya.Kalau dulu dia sering termenung di luar tingkap mengenang kepiluan hatinya yang sepi, kini dia sudah tidak lagi begitu. Dia akan ditemani Asyraff mengulangkaji bersama-sama di meja itu berhadapan antara satu sama lain dan agak berjauhan daripada pelajar lain. Pada satu ketika, semasa mereka mengulangkaji untuk hari sebelum exam, Asyraff mendapati buah hatinya sibuk melayan perasaan seorang diri sambil memandang ke luar tingkap dan Asyraff tergelak sambil mencubit manja hidung Haris menyedarkan teman lelakinya itu dari lamunan.


" Ish..abang ni. Sakit ar!..emm". Haris tersentak dari lamunannya dan tersenyum malu.
    "Haha..Shh..jangan bising nanti librarian marah kang haa..tu la..apalah yang cik adik renungkan tu ye..?".
"Tak de pe ar..abang ni..kita tengah belajar ar. Esok nak paper".
   "Eleh!..study ke atau ..lamunan terhenti.." Asyraff tergelak kecil lagi.
"Haris..mengenangkan nasib yang dulu sepi..kini...happy..syukur jugak. Abang ada sekarang."
   "Shh...sayang..please..kita dah bersama..no more sadness alright?..emm? Baby, you got me kan."


    Asyraff melihat wajah Haris dengan pandangan yang serius. Haris kenal betul renungan itu. Pandangan yang mencarikan hatinya. Untuk yakini cinta mereka.


    Minggu peperiksaan bermula. Asyraff akan menghantar Haris ke fakulti untuk examnya. Asyraff sudah membuat plan untuk menghantar Haris ke fakulti untuk menduduki exam dan kebetulan pula, jadual peperiksaan mereka tidak bertembung dan memiliki time gap yang panjang diantara subjek-subjek yang di ambil dalam jadual tersebut. Asyraff sangat menyayangi boyfriendnya dan dia juga akan mengajak Haris untuk lunch dan dinner dalam minggu exam itu. Waktu malam pula, selalu dihabiskan bersama di bilik Asyraff atau Haris. Mereka dah bersetuju untuk tidak melakukan apa-apa aktiviti intim semasa mengulangkaji. Adakalanya, masing-masing tidak tahan akan nafsu dan keinginan naluri mereka. Kehadiran boyfriend sendiri di dalam bilik merupakan suatu saat indah bagi Haris dan lebih-lebih lagi bagi Asyraff yang tidak dapat menahan diri daripada mencium berpanjangan boyfriendnya itu tatkala masuk sahaja di dalam bilik. Namun, ulangkaji dan exam tetap dijadikan prioriti. Memang masing-masing terasa keinginan seksual yang tinggi tetapi mereka menahan diri daripada melakukannya sehingga tanpa seutas benang di badan.


   Pada suatu malam sedang mereka megulangkaji bersama di dalam bilik kolej Haris, kedengaran seseorang mengetuk pintu biliknya dan memberi salam.


"Waalaikumsalam, sekejap.." Haris melihat wajah Asyraff dengan raut tanda tanya akan siapakah yang datang.
    "Pergilah buka pintu sayang,..manalahtahu, siapa ke..ada hal ke.." Kata Asyraff yang menyambung bacaannya.


   Haris bangun dari kerusinya dan pergi membuka pintu. Kelihatan Farish yang berdiri di luar.


"Eh, Farish. Ada apa-apa ke?". Tanya Haris sambil menyambut jabat salam yang diberikan Farish.
    "Sorrylah menggangu awk Haris, em awak ada headphone tak? Saya nak pinjam lah sekejap boleh?"
"Oh! headphone? Ada."
     "Great. Saya punya tinggal kat kampung jadi ni nak dengar lagu sambil buat ulangkaji sikit kat bilik.."
Jelas Farish. Dia sempat melihat ke dalam bilik Haris dan pada ketika itu, Asyraff memandangnya.


"Oh! Awak ada teman..sorry again..I am disturbing you guys..Hi!" Farish mengangkat tangan kearah Asyraff yang sedang bersila membaca di atas katil dan Asyraff membalas dengan senyuman melihat pemuda itu.


"Ya. My ..er..friend. Asyraff. Kitorang buat study sama. Eh! Aku ambilkan headphone ek." Haris pun mengambil headphonenya yang berada di atas speaker laptopnya dan diberikan pada Farish.


"Thanks bro..nanti I kembalikan." Farish menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Haris.
   "Oh, takpe..pakai je dulu." Haris menerima salam itu dan dia seolah-olah terasa genggaman tapak tangan Farish sangat erat dari biasa dan dia sempat melihat pandangan Farish pada wajahnya. Tajam sekali. Ada..sesuatukah? Ahh..perasaan sahaja bagi Haris. Dia memberikan senyuman pada Farish dan sebelum melepaskan salam tersebut, Farish memberikan kenyitan sebelah mata pada wajahnya. Farish tersenyum dan beredar dari situ. Haris terasa sesuatu yang tidak seperti disukainya. Adakah..


 "Kenapa tu..yang?" Asyraff bertanya setelah meilhat Haris agak lama berada di pintu.
   "Eh..takde ape..ar bang..Farish pinjam headphone. Dia budak aras ni jugak" Jelas Haris yang segera menutup pintu dan segera duduk bersebelahan dengan Asyraff. Dia berkerut kening.


"Ada apa-apa ke? Sayang?."
   "Tak ada apa..emm..sayang pening lakk tetiba." Haris menipu.
"Eh takkanlah pening..tadi ok je..bak sini abang tengok."


    Asyraff segera meletakkan buku rujukan yang dipegangnya dan segera memegang kepala Haris dan mencium dahinya.


"I love you. I ..truly love you sayang.." Bisikan Asyraff pada dahi Haris menegakkan bulu-bulu romanya.
    "I love you too bang..terima kasih sebab menemani Haris..selama ini..".


   Asyraff meletakkan buku rujukan itu di atas lantai agar memberikan ruang untuk tubuh sasanya direbahkan di atas katil sambil memeluk Haris. Dia memeluknya dari belakang dan mencium leher Haris.


"Buat exam esok..betul-betul tau..abang nak sayang skor habis-habisan..emm." Kata Asyraff dengan nada yang garau dan menggoda.
   "Tau..sayang akan buat ar.."


    Entah macam mana, ciuman di leher dan di pipi itu dengan ulitan manja daripada sentuhan aura daripada Asyraff Joe Arfaz seperti tidak berkesan pada keinginan naluri Haris ekoran mindanya yang tiba-tiba gusar. Keningnya berkerut mengingat kembali pandangan tajam Farish sebentar tadi dan genggaman tapak tangannya yang seperti..lain sekali. Dan, kenyitan sebelah mata yang diberikan. Apa maknanya? Adakah Farish cuba untuk ..mengurat diri Haris? Oh!Takkanlah Farish juga sepertinya. Persoalan mula bermain. Namun Haris hanya bisa mengetepikan buat sementara dengan adanya Asyraff yang merangkul tubuhnya dari belakang. Perlahan-lahan kedengaran dengkuran darinya. Mereka terlena. Haris Zalman dibuai cinta.



3 comments:

  1. lorhh singkt sgt la..bt pnjng sikit la....:)

    ReplyDelete
  2. huhuh nice one bro... terdetk keraguan :P

    ReplyDelete
  3. haris dah tkena panahan mata si farish..ish2....

    ReplyDelete